in , ,

Yang Anda Patut Tahu Sebelum Menonton Filem Komedi GENG

Sebuah filem TV komedi arahan Umi Salwana Omar yang mengangkat tema persahabatan dan sarat dengan aksi tangkas yang penuh mendebarkan! Wajib tonton! Tapi Sebelum tu, kita baca dulu fakta menarik tentang filem ini.

‘Freshies for life!’, tagline yang sangat mudah namun cukup ‘catchy’ dan penuh bermakna. Persahabatan yang terjalin di antara tiga sahabat baik, Isabella (lakonan Sherry Alhadad), Mariam (lakonan Lisa Surihani) dan Anita (lakonan Nadiya Nisaa) sejak dari kecil hingga ke zaman persekolahan telah mencetuskan kewujudan frasa indah ini yang membawa 1001 maksud buat mereka.

Namun begitu, harapan untuk terus bersahabat sehingga usia menginjak dewasa terbantut apabila ketiga-tiga mereka membawa haluan masing-masing dan mula berkerja demi kelangsungan hidup.

Filem Komedi GENG

Sherry Alhadad, Lisa Surihani & Nadiya Nisaa Dalam “Geng” – Tiga Lebih Berbisa!

Kini, setelah lebih dari sedekad lamanya terpisah, mereka terjumpa kembali, tetapi bukan dalam situasi yang sempurna. Ia merupakan satu pertemuan semula atau ‘reunion’yang begitu menguji tahap persahabatan mereka bertiga, dan dianggap penentu sama ada keakraban yang terjalin pada satu ketika dahulu akan berputik kembali atau terus terkubur. 

Itu merupakan sedikit latar belakang atau jalan penceritaan yang diangkat pengarah,Umi Salwana Omar, dalam filem televisyen (FTV) terbaharu di saluran Astro First Eksklusif berjudul ‘GENG’.“Persahabatan”.

Filem Komedi GENG

Tema yang dilihat sangat ringkas, namun Umi berjaya mengolah keseluruhan plot menjadi satu naskhah yang menghiburkan dan sesuai untuk tontonan seisi keluarga.

Walaupun ‘GENG’ dilihat sarat dengan aksi tangkas, suspens, ‘girl-power’, dan penuh drama, Umi tetap mengekalkan genre komedi sebagai elemen utama dari satu babak ke babak seterusnya.

Keunikan beliau dalam menyuntik unsur gelak tawa dianggap seolah-olah‘signature’atau kebiasaan kepada karya-karya yang mendapat sentuhannya seperti ‘Oh My English’dan yang terbaharu, filem ‘Gol & Gincu Vol. 2’.

Hisham Hamid sebagai Alex, kekasih Isabella lakonan Sherry Alhadad

Umi turut terlibat secara langsung di belakang tabir untuk filem-filem hebat seperti ‘Istanbul Aku Datang’, ‘Manisnya Cinta Di Cappadocia’, ‘Hanyut’, ‘Zaiton Ceritaku’, ‘Hanyut’, ‘Nostalgila’, ‘Asia’s Got Talent’, ‘Gantung’, ‘Crazy Rich Asians’ dan banyak lagi.

‘GENG’ bakal menemui penonton mulai 18 Julai (Khamis) ini di saluran 480 dan untuk pilihan alternatif, ia turut boleh ditonton di platform digital ‘On Demand’. Naskhah ini merupakan kolaborasi di antara Astro First Eksklusif, Cinematic Sdn Bhd dan Perempuan Productions, dan ia menyaksikan penglibatan ramai nama-nama besar industri seperti Sherry Alhadad, Lisa Surihani, Nadiya Nisaa, Hisham Hamid, Alif Satar danFatimah Abu Bakar. 

Filem Komedi GENG

SINOPSIS ‘GENG’

Filem GENG mengisahkan tentang Isabella (lakonan Sherry Alhadad), seorang bekas banduan yang ingin meninggalkan dunia jenayah tetapi geng lamanya, ‘Geng Naga Kilat’, memaksa beliau untuk membuat satu lagi penghantaran dadah. Isabella enggan membuat sedemikian mengakibatkan ibunya (lakonan Fatimah Abu Bakar) diculik.

Isabella ingin mendapatkan ibunya semula dan menumpaskan operasi geng lamanya, justeru beliau mendapatkan bantuan dari dua rakan baik beliau, Anita (lakonan Nadiya Nisaa)dan Mariam (lakonan Lisa Surihani). 

Kebetulan Anita yang merupakan seorang peguam dan Mariam pula yang merupakan seorang bekas jurutera dan kini merupakan surirumah sepenuh masa, turut dilanda masalah; masing-masing di tempat kerja dan hal keluarga. Ingin bebas, Anita dan Mariam kemudiannya bersetuju untuk membantu dan mengikut Isabella ke Padang Besar bagi menyelesaikan tugasan terakhirnya, seterusnya membebaskan ibu Isabella dari gengaman ‘Geng Naga Kilat’.

Maryam terkejut melihat dadah di dalam kereta

Dalam perjalanan, mereka mengimbas kembali momen-momen istimewa yang menggamit memori ketika di zaman persekolahan. Hubungan mereka kembali erat namun pelbagai dugaan yang berlaku di sepanjang perjalanan merumitkan proses untuk mereka berbaik semula. 

Berjayakah mereka membantu Isabella keluar dari belenggu ini? Mampukah juga Isabella meninggalkan teman lelakinya, Alex (lakonan Hisham Hamid), yang turut merupakan ketua kumpulan‘Geng Naga Kilat’, dan yang paling utama, adakah hubungan Isabella dengan kedua-dua rakan baiknya, Anita dan Mariam kembali terjalin, ‘Freshies for life’? Saksikan ‘GENG’ mulai 18 Julai ini di Astro First Eksklusif (saluran 480).

Filem Komedi GENG

Fakta-Fakta Tentang GENG Yang Anda Patut Tahu

  1. Keserasian dan sifat bersahaja ketiga-tiga tonggak utama, Sherry Alhadad, Lisa Surihani dan Nadiya Nisaa memudahkan perjalanan penggambaran yang berjaya diselesaikan dalam masa hanya 14 hari. 
  • Keseluruhan penggambaran FTV yang berdurasi 90 minitini telah diadakan di lokasi-lokasi utama sekitar Kuala Lumpur, Ulu Kelang, Kuala Kubu Baru danPenjara Kajang.
  • Walaupun Sherry, Lisa dan Nadiya berkawan baik di luar set, ‘GENG’ merupakan naskhah pertama ketika-tiga mereka bergandingan dalam satu produksi yang sama. 
  • ‘GENG’ jugamerupakan naskhah sulung Sherry Alhadad bertindak sebagai Penerbit, bergandingan dengan Shamaine Othman danFarah Rani.‘GENG’ merupakan projek pertama rumah produksi, Perempuan Productions, yang dimiliki ketiga-tiga mereka. 
  • Shamaine Othman, anak kepada pelakon dan pengarah veteran yang cukup disegani ramai, Othman Hafsham, turut menyarung jersi Penulisdan Penerbit Eksekutif bagi ‘GENG’, bergandingan bersama ibu beliau sendiri, Chandrawati Abdullah. 
  • Dalam ‘GENG’, kedua-dua pelakon utama, Sherry Alhadad danHisham Hamidkeluar dari zon selesa mereka apabila melakonkan watak / babak yang berlainan dari kebiasaan. Sherry yang begitu dikenali dengan watak-watak komedi dan bersahaja berasa agak canggung dan tersipu-sipu malu apabila diperlukan untuk melakukan adegan romantik dan ‘manja’ bersama Hisham Hamid (Alex), teman lelaki beliau dalam ‘Geng’. 
  • Manakala,Hisham Hamidyang selama ini dikenali dengan watak baik, kini perlu menghidupkan watak seorang antagonis– sebagai ketua kumpulan gangster, ‘Geng Naga Kilat’’ bernama Alex. 
  • Salah seorang pelakon utama ‘GENG’, Nadiya Nisaa, baharu sahaja melahirkan bayi ketiganya pada 1 Januari lalu dan sejurus selepas tempoh berpantangnya berakhir, Nadiya Nisaa terus komited memulakan penggambaran FTV ini dan beliau berjaya menampilkan persembahan yang cukup baik. 
  • Sherry yang memegang watak utama sebagai Isabella perlu melakukan beberapa adegan aksi dan suspenstermasuklah ketika babak bergelut dengan Hisham Hamid sambil memegang pistol. Sherry menganggap bahawa babak tersebut merupakan salah satu babak yang penuh mencabar kerana memerlukan kekuatan fizikal dan mental. 
  1. ‘GENG’ menggunakanelemen ‘girl-power’atau ‘kehebatan kuasa wanita’ sebagai latar utamanya. Naskhah ini menceritakan kekuatan wanita dalam menempuhi hari masing-masing, baik di tempat kerja mahupun di rumah. Cabaran untuk bersaing di pejabat, cabaran untuk menguruskan keluarga, dan secara keseluruhan, cabaran yang perlu ditempuhi golongan wanita demi kelangsungan hidup. Bukan sahaja di hadapan tabir, malahan mereka yang terlibat di belakang lensa kamera ‘GENG’ majoritinya terdiri dari golongan wanita (penulis, pengarah, penerbit dan pelakon utama ‘GENG’ dijayakan oleh ramai tenaga wanita). 
  1. Lagu-lagu dari artis wanita berkumpulan popular di era 90an, ELITE seperti ‘Trauma’, ‘Tamparan Wanita’ dan ‘G.I.G’dipilih melatari ‘GENG’, bersesuaian dengan tema ‘girl-power’ FTV ini. Ia secara tidak langsung menghidupkan semula nostalgia seiring dengan tagline – ‘Freshies for life!’
Filem Komedi GENG

“Tidak dinafikan, tema persahabatan yang diangkat Umi Salwana Omar selaku Pengarah ‘GENG’ sebagai latar utama filem televisyen (FTV) ini menjadi faktor utama kami merasakan naskhah ini perlu disiarkan di platform kami, khususnya di Astro First Eksklusif, saluran yang membariskan karya-karya tempatan terbaik lagi berkualiti untuk tontonan ramai.

Kami merasakan, kisah yang berlatarbelakangkan ‘persahabatan’ adalah relevan dengan semua lapisan masyarakat dan genre komedi yang dipilih Umi cukup bijak sekali kerana ia menjadi kekuatan FTV ini dan saya yakin ia mampu menepati citarasa penonton tempatan umumnya.   

Sharmin Parameswaran, Ketua Saluran Astro First Eksklusif & Astro Best: 
Filem Komedi GENG

Selain dari jalan penceritaan yang menarik, gandingan padu kesemua pelakonnya turut tidak boleh disangkal. Keserasian yang tercetus di antara ketiga-tiga pemain utama (Sherry, Lisa dan Nadiya) baik di dalam mahupun di luar set memudahkan keseluruhan penggambaran.

GENG

Konsep utama ‘GENG’ yang memposisikan wanita sebagai tumpuan utama menjadikan FTV ini unik dan lebih mempesonakan. Penglibatan ramai wanita di bahagian hadapan dan di belakang tabir ‘GENG’ membuktikan kehebatan golongan ini menembusi industri yang rata-ratanya didominasikan oleh golongan lelaki. 

Filem Komedi GENG

“Ternyata, air tangan pertama rumah produksi baharu, ‘Perempuan Productions’ tidak mengecewakan dan saya sejujurnya merasakan bahawa ‘GENG’ adalah sebuah karya berkualiti tinggi yang mampu memenangi hati audiens kami khususnya di saluran premium, Astro First Eksklusif ini.

Kami begitu berpuas hati dengan hasil yang dizahirkan dari kolaborasi ini. Satu permulaan yang cukup baik, justeru itu kami mengandaikan akan ada banyak lagi kerjasama seumpamanya bersama produksi ini di masa-masa akan datang.”

Shamaine Othman, Penulis & Penerbit Eksekutif ‘GENG’: 
Filem Komedi GENG

“Pertama sekali, saya mewakili Cinematic dan Perempuan Productions, ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak Astro First Ekslusif kerana memberi peluang kepada kami untuk bekerjasama dalam projek ‘GENG’ ini. ‘GENG’ adalah sebuah kisah persahabatan dan juga sebuah kisah perjalanan seorang wanita mencari tujuan hidupnya. Setinggi-tinggi penghargaan kepada tenaga produksi ‘GENG’, terutama pengarahnya, Umi Salwana Omar kerana berjaya menzahirkan naskhah ini. Terima kasih kerana berkongsi visi dan juga idea untuk menjayakan supertele ini.        

Salah satu adegan dalam GENG

Juga, suka kiranya saya berkongsi di sini bahawa ini merupakan projek pertama di mana barisan pelakon yang kami cadangkan diluluskan dan pertama kali juga kesemua barisan pelakon bersetuju untuk bersama menjayakannya.

Jutaan terima kasih kepada Sherry, Nadiya, Lisa, Hisham, Alif dan Cikgu Fatimah Abu Bakar kerana bersetuju untuk merealisasikan supertele istimewa ini. Ini adalah buah tangan kami yang pertama, dan dedikasi anda serta kerja keras semua dalam memastikan ‘GENG’ dapat disiapkan dan menemui penonton pada garis masa yang diberikan cukup kami hargai.

Sekali lagi, terima kasih diucapkan. Jadi, kepada penonton semua, jangan lupa, 18 Julai ini di saluran Astro First Eksklusif. Ini merupakan hadiah kami untuk anda semua. Semoga terhibur!”

– Wakil Cinematic dan Perempuan Productions
Barisan produksi dan pelakon GENG di set penggambaran

‘GENG’ bakal bersiaran di Astro First Eksklusif, saluran 480 mulai 18 Julai 2019.Dengan hanya RM 15.00, penonton boleh menonton ‘GENG’ dengan berulang kali dalam tempoh 48 jam (2 hari) dari waktu pembelian.

Untuk pilihan yang lebih fleksibel, ‘GENG’ boleh turut didapati menerusi platform digital, ‘on demand’.

Filem Komedi GENG
Filem Komedi GENG
Filem Komedi GENG
Filem Komedi GENG
Filem Komedi GENG
Filem Komedi GENG

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Foto Unik Stacy Tampil Bak Puteri di Dunia Fantasi Sempena Pelancaran Single KHAYAL

Video Muzik SELAMANYA Usop Trending di Youtube Malaysia