Sebagaimana rutin harian, setiap pagi Budiey akan membuka jendela email dan buku muka; Facebook. Kebelakangan ini, semakin hari semakin menarik pula godek-godek dengan Facebook ni. Rasanya, dia punya function dah banyak mengalahkan Myspace dan Friendster.
Hari ini, Budiey mendapat email daripada pelakon filem Chermin, Natasha Hudson yang kini sedang berehat menanti tibanya seorang cahaya mata… Kata Natasha:
“Budiey, check out my blog. It’s still new. Finally, I will share my own thought, dreams & emotions for you and everyone. Thanks!
Baru teringat, tempohari masa Anugerah Skrin 2007, Budiey ada tanya kat Natasha pasal kalau dia ada tulis blog atau website peribadi. Katanya, masih dalam perancangan untuk buat blog sendiri. Dan… hari ini, pelakon dan model ini memaklumkan bahawa beliau baru sahaja memiliki satu blog sendiri iaitu http://natashalianahudson.blogspot.com. Mak ai, panjangnya dia punya address dia.
Apa-apa pun, Budiey nak ucapkan, syabas buat Natasha. Tahniah! Sekarang, you dah bergelar blogger! Dan tak lama lagi akan bergelar ibu. Huhu… apa-apa pun, keep it up, ya! Teruskan menulis dan mengupdate blog. Ceritalah apa sahaja, sebab Budiey pasti akan ke blog anda setiap hari. Jangan lupa nanti letak gambar baby baru. Hehehe… terima kasih sebab sudi link blog Sensasi Selebriti di blog awak tu.
Budiey harap ramai lagi selebriti akan menjejak langkah Natasha untuk sama-sama memeriahkan dunia blog Malaysia. Semakin ramai selebriti menulis blog sendiri, semakin havoc dunia selebriti. Peminat pun dapat membaca apa aktiviti terkini artis pujaan mereka. Artis pula senang untuk mendekati peminat, tak gitu?
[tags]blog natasha hudson, gossip selebriti, tips hamil, pregnancy, heart, soul, i am legend review, ary putra, one in a million review, Koh Tsu Koon, india terpinggir, filem india, tamil news, ridani, wedding gossip, shidee dangdut, motherhood tips, new dj hits.fm, normala omar, idola[/tags]