in , ,

Sharifah Zarina Lancar Single PERNAH BAHAGIA

Lagu PERNAH BAHAGIA merupakan single Sharifah Zarina yang ke enam setelah berjaya dengan dua album penuh sebelumnya.

Lagu ini telah siap sepenuhnya  pada 1 Disember 2018 yang laluLagu ini adalah sebuah lagu yang berkonsep balada hasil sentuhan seorang komposer yang begitu terkenal iaitu Sharon Paul manakala lirik pula ditulis oleh pengacara popular Ahmad Fedtri Yahya.

Pernah Bahagia mengisahkan tentang hubungan yang pernah bahagia suatu ketika. Akan tetapi kebahagiaan itu kini hanya menjadi sesuatu yang dirindui. Lagu ini bukan hanya untuk pasangan yang putus cinta sahaja bahkan juga boleh ditujukan untuk mereka yang telah pergi atas sebab kematian buat selamanya. 

Sharifah Zarina Lancar Single PERNAH BAHAGIA

Citarasa komposer lagu Pernah Bahagia ini agak berlainan kerana komposer ini mencipta beberapa tingkat nada sesuai dengan vokal Sharifah Zarina dan digabungkan menjadi sebuah lagu.

Sebanyak empat kali proses pemilihan nada telah dilakukan sebelum penyusunan muzik dibuat. Susunan muzik juga telah melalui beberapa proses yang begitu teliti bagi menghasilkan sebuah lagu dan bunyi yang mengikut rentak dan kesesuaian muzik terkini dan juga vokal penyanyi ini. 

Proses pembikinan lagu Pernah Bahagia  ini mengambil masa selama 3 bulan bermula September 2018 sehinggalah siap sepenuhnya pada awal Disember 2018.

Dimulakan dengan proses pemilihan lagu dan diikuti dengan proses penyesuaian nada sehinggalah ke proses penyusunan muzik dan akhirnya dirakamkan di Studio Musicwerk yang dimiliki oleh komposer Sharon Paul sendiri.

Sharifah Zarina Lancar Single PERNAH BAHAGIA
Foto Kredit: Marcus

Sentuhan daripada gabungan beberapa pemuzik tempatan yang sememangnya nama mereka sudah tidak asing lagi dalam industri muzik tahanair telah mewarnai lagu ini menjadi sebuah lagu yang penuh dengan elemen sentimental rock yang begitu menyentuh perasaan.   

Tanggal 1 Februari 2019 Pernah Bahagia telahpun dilancarkan secara rasminya di semua digital platform muzik dan diikuti dengan pelancaran muzik video rasmi yang telah mengganding penyanyi Zamani sebagai watak hero di dalam video tersebut.

Pada 3 Julai 2019 yang lalu, lagu ini juga telah dipilih sebagai lagu tema bagi drama Utusan Cinta Buat Adam yang ditayangkan di slot akasia TV3 selama 28 episod. 

Semoga kehadiran lagu ini dapat mengubat kerinduan peminat Sharifah Zarina untuk mendengar suaranya kembali dicorong-corong radio dan di medium lain.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Top 10 Tips on Winning in PUBG Mobile by Vivo Malaysia

“Masih Sayang, Kasih Sebagai Ibu Kepada Anak, Banyak Terhutang Budi Kepada Mawar,” – Fizo Omar