Lagu berjudul KASIHKU SELAMANYA atau dalam bahasa Inggerisnya, My Love Forever dendangan dan buah tangan terbaharu dari vokal terindah Dato’ Sri Siti Nurhaliza menjadi buah mulut peminat sejak semalam di ruang sosial media.
Lagu ini dicipta oleh Aubrey Suwito dan lirik pula ditulis oleh Ad Samad. Dirakam di Cranky Music Studio, Petaling Jaya.
Pertama kali Budiey dengar lagu KASIHKU SELAMANYA semalam… terus terasa merinding, terus naik berdiri bulu roma tengkuk… zarah-zarah lagu ini bagaikan meresap ke dalam jiwa. Terasa ada sesuatu lembaga kat belakang memerhati dari jauh. Haa gitu.
Penuh dengan dendam kesumat. Sekali kata cinta, akan cinta selamanya. Walau apa sahaja yang menjadi rintangan. Tagih kasih dari seorang yang dicintai sehingga akan sanggup berkorban apa sahaja.
Salah satu ciri lagu berhantu di mana lagu tersebut telah merasuk si pendengar untuk mendengar lagi dan lagi. Terasa ada sesuatu yang membuatkan si pendengar tak nak beralih kepada lagu lain.
Antara bait lirik yang merasuk jiwa:
Lagu ini dicipta adalah khusus untuk dijadikan lagu tema sebuah filem klasik seram-romantik berjudul REVENGE OF THE PONTIANAK lakonan Remy Ishak, Fazura, Shenty Feliziana, Hisyam Hamid dan ramai lagi. Bertepatan dengan itu, vokal Siti Nurhaliza kedengaran seperti tengah ‘menjampi’ pendengar dengan meluahkan perasaan seorang pontianak.
Kerasukan bermula seawal bait lirik intro dengan irama yang begitu melo dengan menampilkan cuma vokal Siti Nurhaliza bersama piano.
Budiey pernah menemubual pelakon utama iaitu Fazura yang telah merungkai kejadian misteri yang dialaminya semasa menjalani pengambaran filem ini.
Seram! Fazura Jumpa Hantu di Lokasi Filem REVENGE OF THE PONTIANAK
Filem arahan Glen Goei, seorang pengarah dari Singapura diarahkan bersama pengarah dari Malaysia Gavin Yap ini bakal menemui penonton di pawagam pada 29 Ogos 2019.