in , , ,

Maya Karin, Andi Bernadee & Fara Fuazana Sertai Program Amal YOKUK20 Karnival 2019

Maya Karin, Andi Bernadee dan Fara Fuazana menyertai Program Amal YOKUK20 Karnival 2019 sempena meraikan ulang tahun ke-20 YOKUK-A Foundation for the Disabled and Underprivileged di Kelantan.

Tiga artis terkenal tempatan, Maya Karin, Andi Bernadee dan Fara Fauzana mengumumkan penyertaan mereka dalam perlumbaan kerusi roda “Wheel with Me” sempena dengan program YOKUK20 Karnival 2019 yang akan diadakan di Kota Bharu, Kelantan, pada hari Sabtu 20 Julai 2019 bermula jam 7 pagi. “Wheel with Me” bertujuan untuk mengintegrasikan kedua-dua komuniti kurang upaya dan upaya bersama untuk menyertai perlumbaan yang menyeronokkan dan mempromosi gaya hidup yang sihat.

Semua masyarakat dijemput untuk mengambil bahagian dalam perlumbaan kerusi roda ini kerana YOKUK ingin terus mempromosikan bakat yang luas dan tidak ternilai dalam masyarakat kurang upaya di Kelantan.

Tumpuan utama kempen ini adalah kepercayaan kami terhadap kekuatan sukan untuk menyembuhkan dan memberi inspirasi. Acara ini bertujuan untuk memaklumkan kepada masyarakat bahawa setiap orang kurang upaya ada bakat dan kemahiran yang mampu dicapai sebagaimana rakan-rakan upaya mereka yang lain”, kata Datin Suliana Shamsuddin Alias, Pengerusi/Pengarah Eksekutif YOKUK.

Adam (Azrulkhan Hasrullah) yang berjaya naik ke  “Everest Base Camp” pada 2018 dengan hanya menggunakan tangannya. Adam juga telah menyatakan penyertaannya untuk acara “Wheel with Me” YOKUK 20 Karnival 2019 bersama 4 orang lagi atlit Paralimpik Malaysia.

Komitmennya untuk meningkatkan kesedaran orang kurang upaya tentang keupayaan mereka telah dibuktikan dengan penyertaannya untuk acara tersebut. Sila layari bit.ly/wheelwithme untuk berdaftar.

Penyanyi tersohor, Andi Bernadee juga telah mengumumkan bahawa dia akan melakukan persembahan istimewa untuk YOKUK20 Karnival 2019 nanti. Y.Bhg. Datin Suliana berharap ramai yang akan datang dan membawa keluarga dan sahabat mereka ke Karnival kerana akan ada banyak aktiviti yang sesuai untuk keluarga.

Terdapat sekurang-kurangnya 40 gerai menjual pelbagai barangan makanan dan barangan lain, Cabutan Bertuah, permainan untuk dewasa dan kanak-kanak serta banyak lagi.

Pesta Sambutan Hari Jadi juga akan diadakan untuk 400 kanak-kanak istimewa dengan tetamu kehormat Yang Berbahagia Cik Puan Sofie Louise Johansson, isteri kepada YAM Tengku Mahkota Kelantan, Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra Sultan Ismail Petra.

Terima kasih kepada penaja untuk acara tersebut termasuk QSR Bhd. DRB HICOM, Pharmaniaga, TNB, Yakult, Milo, BAKASA, dan Biskut Julie’s dan sebagainya. Sentiasa ikuti perkembangan penganjuran YOKUK20 Karnival 2019 dengan melayari FB kami: YOKUK atau Instagram: myyokuk.

YOKUK- A Foundation for the Disabled and Underprivileged  adalah yayasan amal yang ditubuhkan untuk mengurangkan penderitaan orang kurang upaya dan memberi mereka kehidupan yang bermakna.

Bermula pada Julai 1999, di Rumah Seri Kenangan, Pengkalan Chepa, Kelantan, YOKUK sekarang menyediakan perkhidmatan kepada kira-kira lebih daripada 5,200 pelanggan berdaftar secara percuma. Pusat sehenti di Jalan Padang Tembak, Pengkalan Chepa, Kelantan, menyediakan pelbagai jenis perkhidmatan terapi, perkhidmatan kebajikan, latihan vokasional serta Penjagaan Paliatif untuk mereka yang tinggal di rumah.

YOKUK bertujuan untuk membina semangat masyarakat penyayang melalui program ‘Community Based Rehabilitation (CBR)’. Struktur asas Program CBR didasarkan pada prinsip-prinsip masyarakat setempat, di mana orang kurang upaya tinggal bersama dengan keluarga mereka dalam masyarakat, menjalani kehidupan harian dan terapi bersama dengan sokongan ahli keluarga.

YOKUK juga akan mengajar ahli keluarga tentang cara menjaga orang kurang upaya serta melakukan terapi ringkas.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ketahui Status Halal Dalam Program MY HALAL

Adibah Noor dalam Kempen MAINKAN PERANAN ANDA Anjuran PIAM & MTA