in , ,

Dinie & Khai Pertaruh Single Pertama BUKAN CINTA AKU

Lagu yang diilhamkan daripada kisah percintaan ini adalah mengenai seorang insan yang kehilangan pasangannya. Percintaan mereka putus dipertengahan, namun dek kerana insan ini amat mencintai pasangannya dia menghargai setiap detik mereka bersama.

Sungguhpun kisah mereka terhenti dipertengahan, insan ini tetap mendoakan yang terbaik buat si dia dan menyimpan setiap memori ketika mereka bersama sebagai satu anugerah Tuhan kepadanya.

Bukan Cinta Aku merupakan single pertama bagi duo Dinie & Khai. Lagu ini merupakan hasil nukilan L.Y. dan Baiduri yang bergenre balada serasi dengan suara Dinie yang serak-serak basah.

Kelarai Sakti

Penyanyi lagu ini yang lebih dikenali dengan nama Dinie atau nama sebenarnya Muhammad Dinie Abdul Rashid merupakan anak kelahiran Pulau Pinang manakala pemain gitar yang dikenali dengan nama Khai atau nama sebenarnya Khairil Azreen Jasni adalah, anak kelahiran Meru, Klang Selangor. Duo ini merupakan artis di bawah pengurusan Fizo Omar Channel (FOC).

Video Lirik BUKAN CINTA AKU: https://youtu.be/_esgZCbef28

Dinie yang memiliki suara serak-serak basah ini sebenarnya menghidap penyakit molecular dystrophy yang menyebabkan saraf di bahagian matanya rosak dan kini, penglihatannya hanya 20 peratus sahaja. Namun minat yang mendalam dalam bidang nyanyian tidak mematahkan semangatnya untuk terjun ke dalam bidang nyanyian yang diminatinya sejak dia berusia 9 tahun

Khai pula menghidap penyakit mata Glaucoma dan pernah menjadi pelajar di UiTM dalam bidang Sains Aktuari. Pemegang Anugerah Dekan ini terpaksa menghentikan pengajiannya separuh jalan disebabkan oleh kecacatan mata kirinya. Perjalanan seni Khai bermula apabila dia belajar memetik gitar sejak penglihatannya terjejas. Menjadikan Sungha Jung dari Korea sebagai idolanya menjadikan Khai gemar memetik gitar secara ‘finger style’

Sejak berada di bawah pengurusan FOC, Dinie dan Khai bukan sahaja dapat mengembangkan bakat mereka, malah turut dilatih menjadi usahawan dan memberi motivasi di setiap ‘show’ yang mereka pergi.

Pertemuan antara mereka bermula ketika mereka bersama dibawah pertubuhan yang diberi nama Pertubuhan Orang Buta Malaysia. Mereka mula bergerak aktif dengan menghadiri banyak program motivasi yang sering kali diadakan di sekolah-sekolah sekitar Malaysia. ​Gabungan mereka membuatkan mereka saling melengkapi antara satu sama lain. Mereka menjadi IKON program KAU SUMBER INSPIRASI KU dibawah Persatuan Siswazah Wanita Malaysia sejak 2015.

Lagu Bukan Cinta Aku ini mula menarik perhatian pendengar muzik tanah air apabila lagu ini menjadi original soundtrack (OST) bagi drama Bukan Cinta Aku yang mula ditayangkan pada 5 Mei 2019 di Tv3. Drama 20 episod ini yang dilakonkan oleh gabungan artis dua negara iaitu Malaysia dan Indonesia menjadi satu fenomena bagi peminat drama melayu.

Kelarai Sakti

Dinie & Khai Sosial Media:

Facebook: ​https://www.facebook.com/dinienkhai/
Instagram: ​https://www.instagram.com/dinienkhai/
Twitter: ​https://twitter.com/dinienkhai
Youtube: ​https://www.youtube.com/channel/UCiQ8TEynzRvP_sYUgZAUY-A

RBT (Callering Tone):

MAXIS CALLER RINGTONES
Taip *131* 613648# dan tekan SEND/CALL

DIGI CALLER TUNES
Taip CT 1349821 dan hantar ke 2000

U MOBILE COLOR TONES
Taip CT 8349898 dan hantar ke 28118

CELCOM CALL ME TONES
Taip CMT 312954 dan hantar ke 22990

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Aishah Tuntut Vida Ganti Berlian Asli Bernilai RM80,000 Sebelum 17 Julai Ini

Astro Radio Perkenal SYOK, Aplikasi Hiburan & Gaya Hidup