Dengarnya…: Baru jadi tunang sudah berlagak
BESAR sangatkah apabila menjadi artis? Soalan itu memang sering berlegar-legar dalam kotak fikiran Cik Normah. Iyalah, bukan apa sebab Cik Normah tengok ada sesetengahnya yang seolah-olah berasakan diri mereka ‘orang besar’ apabila jadi artis. Kalau artis penuh ilmu tak apalah, tapi kalau setakat artis yang otaknya ‘kosong’ tak usahlah nak berlagak.
Kisah ini sebenarnya mengenai tunang kepada seorang artis yang mula nak menunjukkan lagak walaupun masih belum berkahwin. Mengikut cerita si Sakura Sepi, tunang seorang artis yang tidaklah sehebat mana itu datang ke sebuah program. Bagaimanapun, dia tiba lewat, iaitu lima minit sebelum program berlangsung.
Apabila membabitkan sebuah program yang bersiaran secara langsung, produksi akan meminta penonton di studio memenuhkan tempat yang kosong supaya tak kelihatan buruk di dalam kaca televisyen. Tempat duduk tunang si artis ini diletakkan di bahagian depan. Disebabkan tiba lewat, kru produksi menyuruh orang lain duduk di tempat tunang artis yang dilihat kosong. Sebaik tiba, dia pun terpinga-pinga melihat tempatnya sudah diduduki.-dipetik dari Berita Harian