in , , ,

“Saya Terima Apa Sahaja Keputusan Mahkamah,” – Fizo Omar

Pelakon Fizo Omar akhirnya mengesahkan rumah tangganya sedang bergolak dan meminta semua pihak agar mendoakan yang terbaik buat dirinya dan isteri, Mawar Abdul Karim. 

Menurut Fizo, walau apa pun yang berlaku dalam perkahwinan mereka, pasangan itu akan terus mengekalkan hubungan baik demi anak mereka, Wan Maryam yang kini berusia dua tahun. 

View this post on Instagram

DOAKAN YG TERBAIK UTK KAMI. . Sebelum tu sya ign memohon maaf kpd smua rakan media,kwn2, dan juga peminat yg prihatin dan bertanya khabar ttg cabaran yg dihadapi dalam rumah tangga sya dan mawar.buat masa ini, saya tidak dpt nak menjawab segala persoalan rakan2 mahupun media yg bertalu2 .tidak dinafikan yg rumah tangga sya menghadapai sedikit cabaran seperti mana yg diketahui semua.sya amat berharap terutama pihak media dan netizen dpt bersabar dan memahami situasi kami. . Sesiapa sahaja yg mendirikan rumah tangga pasti mempunyai impian utk hidup bahagia dan mempertahankan rumah tangga hingga ke jannah.tapi bila sampai waktunya kita dipilih oleh Allah utk di uji bermaksud kita mampu utk menghadapinya dan percaya lah Allah tidak pernah zalim kpd hambaNYA.mungkin setiap kejadian yg berlaku nampak buruk di mata manusia, tetapi tidak di sisi Allah,setiap apa yg berlaku mesti datangnya bersama hikmah.dan hikmah bergantung kpd kita yg menerimanya.sekiranya kita memandang ke arah positive maka hasilnya adalah positive, dan sebaliknya. . Walau apa yg berlaku sekalipun,insyallah hubungan sya dan mawar akn terus baik demi membesarkan dan mendidik Wan Maryam zuriat dari Allah yg kami nantikan selama 4 tahun. Apa jua yg terjadi, Mawar tetap ibu kepada anak kami, Wan Maryam. semoga Allah memberkati Mawar dan sya sentiasa doakan yg terbaik utk semua. . Apa2 pun keputusan mahkamah nanti sya terima dan sya memohon maaf dan juga memaafkan smua pihak.Doa yg baik2 daripada semua pihak diharap dapat menemui jalan yg terbaik antara sya dan mawar. . Tak kan berlaku sesuatu perkara tanpa izin Allah, dan sekira ianya berlaku dan itu adalah takdir Allah, sya percaya perancangan Allah adalah yang terbaik utk kita sebagai hambaNYA. . Saya amat berharap, semua pihak dpt memberi ruang kpd kami utk menyelesaikan isu ini sebaik mungkin. . Terima kasih sekali lagi, kepada semua yg me berikan Kata2 semangat, doa yg baik2, dan saya juga memaafkan segala komen2 mahupun fitnah yg dilemparkan nitizen, kerana mereka tidak tahu kisah sebenarnya. . Doakan.. Doakan.. Terima kasih

A post shared by fizoomar (@fizoomar) on

“Sesiapa sahaja yang mendirikan rumah tangga pasti mempunyai impian untuk hidup bahagia dan mempertahankan rumah tangga hingga ke jannah. 

“Tapi apabila sampai waktunya, kita dipilih oleh Allah untuk diuji. Ia bermaksud kita mampu untuk menghadapinya dan percayalah Allah tidak pernah zalim kepada hamba-Nya.

“Apa-apa pun keputusan mahkamah nanti saya terima. Saya memohon maaf dan juga memaafkan semua pihak.

Walau apa yang berlaku sekalipun, InsyaAllah hubungan saya dan Mawar akan terus baik demi membesar dan mendidik Wan Maryam, zuriat daripada Allah yang kami nantikan selama empat tahun.

Apa jua yang terjadi Mawar tetap ibu kepada anak kami,”

– Fizo di laman Instagramnya. 

Fizo turut berterima kasih kepada semua pihak yang tidak henti-henti memberikan kata-kata semangat buat dirinya sepanjang menjalani waktu sukar ini. 

“Terima kasih kepada semua yang memberikan kata-kata semangat, doa yang baik-baik dan saya juga memaafkan segala komen-komen mahupun fitnah yang dilemparkan netizen kerana mereak tidak tahu kisah sebenarnya,”

– Fizo di laman Instagramnya. 

Hubungan Fizo dan Mawar sebelum ini dikatakan bergolak selepas kedua-duanya menyambut sambutan Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini secara berasingan. Mawar difahamkan sudah bertemu peguam bagi mendapatkan khidmat nasihat berhubung masalah rumah tangga mereka. 

Fizo dan Mawar bernikah pada 10 November 2013 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Wan Maryam, 2. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

A. Aida Buat Laporan Polis Wang RM200,000 Lesap

Filem Boboiboy The Movie 2 Bakal Menemui Penonton Mulai 8 Ogos 2019