Usia teman tapi mesra pelakon dan pengacara, Awal Ashaari dengan Scha al Yahya baru menjangkau 10 bulan. Kata Awal, usia itu masih muda. Percintaan pun masih lagi dalam proses mengenali hati masing-masing. Namun, mengikut plan, Awal Ashaari mahu kahwin pada usia 30 tahun. Jadi, Awal tak mahu kahwin lambat.
Apa tunggu lagi Awal, hantarlah rombongan meminang secepat mungkin. 🙂
Buat masa ini, kedua belah pihak ke arah untuk mencipta satu hubungan suci yang telah pun direstui oleh keluarga. Sasaran tahun bila dan berapa tahun lagi, itu semua tak ditetapkan oleh Awal. Yang penting, sekarang… Awal mengakui yang dia tak sabar nak kawin.
Terbaru, Awal Ashaari atau nama sebenarnya, Ahmad Awaluddin Ashaari dan Scha berlakon dalam sebuah drama Prebet Jamilah. Pengalaman bekerja bersama dalam satu lokasi agak stress jugak sebab kemungkinan persekitaran boleh mengeruhkan hubungan kalau tak kena cara. Mungkin ini adalah drama terakhir di mana mereka digabungkan sebab Awal sayangkan hubungan dan tak mahu mengambil risiko.
Tak lama lagi, pada 6 Ogos ini, Awal akan menyambut ulangtahun ke-29. Jadi, happy birthday in advance, Awal!