Wang kertas baru RM50 telah dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia sempena 50 tahun Malaysia merdeka. Siap dengan gambar Yang di-Pertuan Agong pertama, gambar Perdana Menteri pertama dan logo ulang tahun ke-50 kemerdekaan.
Sebanyak 20,000 keping wang kertas itu akan dijual di semua cawangan BNM mulai 26 Disember ini pada harga RM60 yang akan disertakan dengan maklumat menjelaskan ciri-ciri wang baru itu. Sebanyak 50 juta keping pula akan diedarkan melalui institusi perbankan seluruh negara mulai 30 Januari depan pada harga RM50.
“Kita bukan menggantikan terus wang kertas RM50 sedia ada. Selepas wang kertas baru dikeluarkan, biasanya wang kertas lama akan berada dalam pasaran tiga atau lima tahun, sehingga tak boleh digunakan akibat koyak atau seumpamanya,” – Gabenor BNM, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz [sumber]
[tags]gambar wang kertas rm50, duit baru, foto duit, tips wang capat, jutawan segera, petua jadi kaya, gabenor bank negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz, gambar Yang di-Pertuan Agong pertama, gambar Perdana Menteri, profile isteri perdana menteri[/tags]