in , ,

Faizal Tahir Angkat RATU Berada Di Kelas Tersendiri

Sememangnya karya dari penyanyi dan komposer tersohor Faizal Tahir amat dinantikan oleh peminat. Sejak seminggu yang lalu Faizal sudah mula mengacah peminat dengan lagu terbarunya menerusi laman sosial.

Apatah lagi bila diacah dangan sebuah video demo yang dimuatnaik ke saluran YouTube Faizal Tahir pada 17 Jun yang lalu. Hari ini, single terbaharu Faizal yang berjudul ‘Ratu’ dilancarkan secara rasmi.

Faizal mengambil masa selama 5 tahun untuk menyiapkan lagu ini dan menukar gubahan muzik sebanyak 6 kali. Ia merupakan balada pertama selepas 2 tahun.

RATU - SINGLE COVER

Faizal dan pasukan produksi muziknya sememangnya sinonim dengan keberanian bereksperimentasi dalam menghasilkan sajian muzik yang unik.

Kali ini ‘Ratu’ menampilkan gubahan muzik bertunjangkan irama balada piano yang diberi sentuhan elemen kontemporari yang menjadikan lagu ini berada di kelas tersendiri.

Liriknya pula berkisar tentang luahan rasa seseorang untuk seorang figura wanita yang selayaknya dicintai, dihargai dan diberi penghormatan tertinggi sebagai ratu hidupnya.

‘Ratu’ merupakan karya ciptaan bersama Faizal Tahir, Mike Chan dan Mage. ‘Ratu’ diterbitkan oleh syarikat rakaman milik Faizal sendiri iaitu Faithful Music dengan kerjasama Warner Music Malaysia sebagai pengedar.

Single ini boleh didapati di kesemua pelantar digital seperti Spotify, iTunes, KKBox, Deezer, Joox dan juga Apple Music bermula 21 JUN 2019.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Peraduan Menangi 3 Pasang Tiket Menonton Filem ESCAPE PLAN : THE EXTRACTORS

PEPPA PIG Arrives On HBO Go* From 1 July