in ,

Ada Sebab Sam Bunkface Sembunyikan Perceraian Dengan Bekas Isteri

Vokalis kumpulan Bunkface, Shamsul Anuar Mohd Baharom atau Sam memohon maaf kerana menyimpan berita perceraian dengan bekas isterinya, Aida Azira Husin.

Menurut Sam, dia mengesahkan bahawa dia dan Aida telah menfailkan penceraian pada Januari lalu di hadapan hakim Mahkamah Syariah.

Sam

“Perkahwinan kami yang bertahan selama 4 tahun diakhiri dengan persetujuan bersama dan demi kebaikan diri masing- masing.

“Sam ingin meminta maaf kerana menyimpan berita ini selama beberapa bulan, ini adalah kerana Sam amat menjaga privasi keluarga Sam dan juga demi menjaga perasaan kedua dua belah pihak keluarga Sam dan keluarga Aida,”

– via Instagram Sam Bunkface
Sam bunkface kahwin.jpg

Jelasnya, walaupun kini tidak lagi tinggal bersama, tetapi hubungan dia dan bekas isteri masih lagi baik dan kedua-duanya tetap berhubung bagi urusan menjaga anak mereka iaitu Maleeq.

“Sam ingin berterima kasih kepada semua yang sentiasa memberi sokongan kepada kami, terutamanya yang sentiasa menyokong karier kami di dalam industri ini. Doakan Sam untuk tabah meneruskan perjalanan dibumi Allah ini,”

– Sam Bunkface

Sebelum ini, Sam mengakui hubungan dia dan bekas isteri dilanda masalah setelah masing-masing dilihat tidak lagi berkongsi gambar bersama di laman sosial.

Sam berkahwin dengan Aida yang merupakan kakitangan Media Prima pada 25 April 2015 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Maleeq, 3.

Kredit foto: Instagram Sam Bunkface

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

One Million Promotional Tickets Priced From MYR0 Are Up For Grabs!

Sudah ‘Move On’, Erra Fazira Enggan Ulas Isu Dengan Umie Aida