Tetapi sebaliknya berlaku kepada watak Tok Chom dalam drama bersiri “Facebook Tok Chom” yang sedang bersiaran menemui penonton setiap Isnin hingga Khamis, mulai 10 Jun lalu, pukul 8.30 malam di TV2. Dirinya digambarkan sebagai seorang pesara guru yang gigih bukan sahaja cuba membentuk disiplin anak murid sebaliknya cucunya sendiri. Ternyata ianya tidak semudah yang disangka.
Menampilkan pelakon Kartina Aziz, Fahrin Ahmad, Watie Sadali, Jasmeen dan Hairi Othman, siri 13 episodterbitan Rumah Karya Cipta (M) Sdn Bhd ini menonjolkan kisah pesara guru dikenali sebagai Tok Chom yang tinggal di kampung. Walaupun usianya telah lanjut tetapi dia seorang yang celik IT dan mempunyai ‘facebook’ sendiri. Aktiviti hariannya melayari internet dan mengajar budak-budak kampung mengaji.
Keluarga Bakar yang berasal dari bandar berpindah ke kampung mereka. Isteri Bakar, Muslina membawa anak mereka, Danial ke rumah Tok Chom untuk belajar mengaji. Danial seorang budak yang nakal serta pemalas tidak suka mengaji dengan Tok Chom yang tegas. Danial juga seorang budak yang sombong dengan budak-budak lain sama ada di sekolah ataupun di tempat mengaji.
Yunus dan Husin yang belajar mengaji dengan Tok Chom juga merupakan rakan sekelas Danial. Danial mengajak Yunus dan Husin bermain ‘games’ di rumahnya sehingga mereka ponteng kelas mengaji. Kedatangan Danial yang degil dan nakal telah menimbulkan masalah kepada Tok Chom. Dia cuba menegur Danial tetapi sebaliknya dia dimarahi ibu Danial yang memenangkan anaknya.
Konflik bertambah parah bila ibu Danial mempengaruhi ibu Yunus dan Husin membuat laporan polis terhadap Tok Chom yang memukul anak mereka. Sedangkan Tok Chom bertindak mahu mengajar mereka jadi baik. Tok Chom bebas atas jaminan anaknya, Kamarul. Kamarul dan isterinya, Ana bertelagah tentang kes Tok Chom yang sudah mendapat liputan satu negara. Danial menubuhkan geng dengan murid-murid lain dan berhasrat untuk mengenakan Tok Chom lagi kerana dia masih belum berpuas hati.
Tok Chom kemudiannya didapati tidak bersalah. Majid telah menyelamatkan Tok Chom kerana mendedahkan rahsia Danial serta rakan-rakannya. Bakar memarahi Muslina perihal menyaman Tok Chom. Danial merancang bersama gengnya untuk mengenakan Majid pula. Majid dan Adam dibawa oleh ibu masing-masing untuk mengaji semula dengan Tok Chom. Mimi, Salmiah dan Ros terpaksa mengaji dengan Tok Chom secara sembunyi kerana ibu mereka tidak membenarkan mereka mengaji dengan Tok Chom.
Guru Besar membawa Tok Chom ke kelas Danial dan rakan-rakannya lalu memperkenalkan Tok Chom @ Ustazah Kalsom sebagai Guru Ganti kelas mereka. Bakar kehilangan wang di rumah dan Muslina tidak mengaku dia yang mengambilnya. Rupanya-rupanya ia dicuri oleh Danial. Tok Chom menyampaikannya kepada Muslina perihal Danial ponteng sekolah tetapi tak dilayan. Yunus dan Husin telah dipukul oleh emak masing-masing menyebabkan mereka tidak mahu ponteng sekolah lagi.
Danial menganggap Tok Chom selalu merosakkan rancangannya dan dia tidak puas hati dengan Tok Chom. Danial memberi alasan dia ponteng sekolah kerana Tok Chom menjadi guru kelasnya. Emak Yunus dan Husin merayu supaya mereka diterima mengaji di situ semula. Tok menerima kiriman bunga daripada peminat rahsia. Dugaan berterusan dilakukan pelajar terhadap Tok Chom.
Tok Chom sekali lagi dipanggil ke balai polis atas alasan memukul Danial oleh Muslina. Kamarul ke balai polis mengambil Tok Chom dan memaksa Tok Chom mengikutnya pulang ke Kuala Lumpur. Kedatangan Tok Chom di rumah Kamarul tidak disenangi oleh cucu-cucunya, Mia dan Orkid. Kamarul menyuruh Mia dan Orkid menghormati nenek mereka.
Muslina menyebarkan berita anaknya dipukul oleh Tok Chom kepada semua orang. Muslina mahu mengheret Tok Chom ke mahkamah tetapi Bakar tidak setuju. Tok Chom cuba mendisiplinkan Mia dan Orkid dengan melarang mereka makan makanan segera dan membuat jadual harian supaya kerja mereka lebih teratur. Tok Chom mahu mengajar Mia dan Orkid mengaji. Ana marah mengetahui Tok Chom mahu mengajar anak-anaknya dengan menggunakan rotan.
Cikgu Mansur mendapati ramai murid kelasnya ponteng sekolah. Begitu juga kelas lain. Tok Chom terus mendisiplinkan Mia dan Orkid. Ana mengadu kepada Kamarul. Guru besar memanggil Bakar dan Muslina juga ibu bapa lain yang anak mereka ponteng sekolah. Mereka terkejut kerana mengetahui anak mereka memang ke sekolah setiap hari. Malik pecah rahsia dan membawa mereka ke tempat Danial dan rakan-rakannya melepak. Semua murid-murid yang ponteng ada di situ kecuali Danial dan Muin yang pergi membeli ‘games’ baru untuk disewakan kepada kawan-kawannya yang ponteng. Sebaik saja Danial pulang ke rumah, dia terus dipukul oleh Bakar kerana menipu. Danial akhirnya mengaku yang dia telah menfitnahkan Tok Chom.
Semua ibu bapa menyalahkan Danial kerana telah mengajar anak-anak mereka bermain ‘games’ dan ponteng sekolah. Muslina telah menarik balik laporan polis terhadap Tok Chom. Bakar menyuruh Muslina dan Danial meminta maaf daripada Tok Chom.
Cucu-cucu Tok Chom melakukan pelbagai cara untuk membuatkan nenek mereka putus asa. Sementara itu Danial pula dipulaukan oleh semua kerana kenalakannya dan rahsianya menfitnah Tok Chom terbongkar. Cuma Majid yang sudi berkawan dengannya.
Orang-orang kampung meminta Ketua Kampung memujuk Tok Chom supaya dia pulang bagi mengajar anak-anak mereka mengaji. Mia dan Orkid mula menunjukkan perubahan hasil dari didikan Tok Chom. Cuma Ana yang berterusan tidak setuju dengan didikan ibu mentuanya.
Kepulangan Tok Chom ke kampung disambut oleh anak muridnya dengan gembira. Tok Chom mendapati Danial yang degil serta nakal sebelum ini telah berubah. Cucu-cucunya pula mengajak bapa mereka pulang ke kampung memenui nenek mereka.
Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.