in

Gossip Pasangan Artis Lalok

Apa saja untukmu

BERUNTUNGNYA artis ini kerana kekasih hatinya sanggup melayan segala kehendaknya termasuklah juga mencarikan ‘bekalan’ untuk melayan kepalanya yang suka ‘lalok’.
Siap buat penghantaran istimewa lagi atau ‘special delivery’ kalau perlu.

Patutlah SS tengok, cinta mereka macam Laila & Majnun, macam Romeo & Juliet.

Meskipun percintaan mereka tidak begitu direstui keluarga, mereka masih sanggup bersama untuk mengharungi segala-galanya bersama. Suatu hari pelakon itu terpaksa menjalani penggambaran drama jauh dari kota.

Tahu sajalah apabila berada di tempat terpencil manalah ada segala kemudahan seperti di bandar besar dan tiba-tiba artis itu keputusan bekalan. Terpaksalah telefon buah hatinya untuk menghantar bekalan benda lalok itu kepadanya.

Mula-mula SS hairan juga sampai begitu teruk sekali pengorbanan buah hati pelakon itu yang sanggup tengok artis itu merosakkan dirinya sendiri, rupanya teman lelakinya pun mengambil benda lalok yang sama. Jadi tiada masalah kepada teman lelakinya untuk bersusah payah memenuhi kehendak pasangannya yang mengada-ngada itu.

Pernah dulu rakan SS ternampak mereka berdua tengah lalok. Masa tu mereka buat dunia macam mereka yang punya.

Kalau dah masing-masing tak sedar diri, faham-faham sajalah adegan yang ingin kita lihat. Selalu juga si buah hati datang ke rumah artis itu dan selalu juga jiran tetangga dengar mereka asyik buat bising, bertepuk tampar di sekeliling rumah macam kanak-kanak riang.

Si artis perempuan itu hanya berseluar pendek dan berbaju panas saja. Maklumlah, apabila dah kena benda lalok itu, mereka mula tak hiraukan lagi orang di sekeliling. Setahu SS, artis itu tinggal bersama keluarganya dan agaknya orang tuanya pun sudah tidak boleh nak buat apa kerana artis itu yang menyara hidup mereka sekeluarga. Jadi mereka sanggup diamkan saja perbuatan artis itu kerana dia sumber rezeki. Kalau bising-bising nanti, semuanya melepas. Dunia, dunia…

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Nawal Al-Zoghbi Selamat Tiba di Malaysia

Gossip Artis Rakam Gambar Anu