in

Penyanyi To’ki Cedera Diserang Tiga Lelaki

Penyanyi To’ki cedera parah ditangan kirinya selepas diserang tiga lelaki dalam kejadian yang berlaku sekitar pukul 8 malam semalam.

Menurut To’ki atau nama sebenarnya Mohd. Zaki Mansur, 54, ketika kejadian dia dalam perjalanan pulang dari pusat beli-belah, Selayang Mall ke rumahnya di Taman Koperasi Polis Fasa 2, Batu Caves, Gombak, Selangor.

Penyanyi To’ki Cedera Diserang Tiga Lelaki

“Ketika dalam perjalanan pulang ke rumah, tiga orang lelaki yang menaiki dua motosikal menyerang saya menggunakan pisau.

“Mereka mahu merampas barang yang berada dalam bakul motosikal saya. Walhal barang-barang tersebut hanyalah alatan untuk saya melukis,”

– To’ki

Disebabkan kecederaan tersebut, To’ki yang pernah popular dengan lagu Seni Berzaman itu telah menjalani pembedahan selama lima jam di Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk menyambung semula urat-urat tangannya yang terputus akibat serangan tersebut.

“Alhamdulillah, keadaan saya stabil kerana tiada kecederaan lain selain tangan kiri. Bagaimanapun saya belum membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut,”

– To’ki

Dalam pada itu, Presiden Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan), Datuk Freddie Fernandez sempat melawat To’ki untuk memberi sokongan dan semangat kepadanya.

“Pihak Karyawan akan memberi sokongan dan memantau keadaannya. Tambahan, To’ki perlu menjalani rawatan fisioterapi selepas ini kerana tangannya digunakan untuk bermain gitar.

“Saya berharap keadaan tangannya akan pulih seperti biasa memandangkan bermain muzik adalah punca rezeki utamanya,”

– Datuk Freddie Fernandez

Semoga To’ki cepat sembuh.

Sumber: Kosmo!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Bila Nak Kahwin? Tasha Shila Ada Jawapan Dalam Drama Bersiri SAKIT OTAK SIS

Apa Jadi Bila Pelakon Chris Hemsworth dan Tom Holland Jadi Wartawan?