Lagu ‘Tak Dapat Raya’ merupakan kolabrasi kedua dari Floor 88 dan Baby Shima selepas percubaan pertama mereka melalui lagu ‘Roadblock Hatiku’ tahun lepas mendapat sambutan yang baik oleh pendengar muzik tempatan.
Untuk rekod Muzik Video ‘Tak Dapat Raya’ini telah mencapai tontonan 1 Juta selepas 3 hari di muat naik dalam saluran YouTube MVM Music.
Tambahan pula, mereka masih mengekalkan komposer dan penulis lirik yang sinonim menghasilkan lagu buat Floor 88 iatu Zai Hamzah dimana dia juga merupakan ahli dalam kumpulan Floor 88.
Selain itu, kerjasama antara komposer dan penulis lirik Rudy Kasmaran dan Sang Hitam bersama Ariff Bahran terdahulu diteruskan lagi melalui single raya tahun ini berjudul ‘Selamat Berhari Raya’.
Istimewanya single raya ini, turut menampilkan penyanyi yang semakin meningkat naik iaitu Sarah Suhairi.
Duet ini rata-rata mendapat sambutan yang amat positif dikalangan peminat dan dilihat mampu menarik ramai perhatian para pendengar semenjak lirik video lagu ini mula dimuat naik di laman YouTube Rusa Music.
Disamping itu, Syafiq Farhain yang lebih dikenali selepas penglibatannya dalam sebuah program realiti turut mengeluarkan single raya khas berjudul ‘Aidilfitri Mulia’.
Single ini merupakan single solo raya pertama dari Syafiq selepas kolabrasi bersama artis naungan MVM Production dan RUSA Music tahun lepas.
Peluang untuk single kali ini diberi kepada komposer dan penulis lirik Amy Ukays untuk mencipta lagu ‘Aidilfitri Mulia’nyanyian Syafiq ini.
Penglibatan Amy Ukays untuk raya tahun ini bukan sahaja tertumpu pada single Syafiq Farhain sahaja, namun dia turut mencipta lagu untuk kumpulan asalnya iaitu Ukays melalui single ‘I Love You I Miss You Raya’.
Single yang sama ini diberi nafas baru sempena raya kali ini selepas melihat kejayaan yang cukup baik melalui‘I Love You I Miss You’ yang telah menerima lebih 19 Juta tontonan di YouTube.
Penerimaan baik ini terbukti apabila lagu raya ini juga berjaya berada di carta ‘trending’ YouTube selepas mengumpul lebih 500 ribu tontonan selepas seminggu dimuat naik.
Dalam pada itu, bukan hanya Ukays yang memberi nafas baru pada single terdahulu mereka, tetapi Kanda Khairul juga turut membuat pendekatan yang sama melalui ‘Atiqah Raya’hasil ciptaanya bersama Harry Khalifah.
Lagu ini, mula mendapat perhatian sejak tularnya single ‘Atiqah Songket’sekitar hujung tahun lalu dimana di dalam muzik video ini turut menampilkan Aiwahida yang juga merupakan artis baru naungan Rusa Music sebagai Atiqah.
Muzik Video ‘Atiqah Raya’ini sudah dimuat naik di laman YouTube semenjak minggu kedua Ramadhan.
Istimewa juga syawal kali ini turut menampilkan artis baru, saudara Fairuz Misran iatu jejaka yang mula tular di media sosial kerana penampilan dan raut wajahnya yang persis Lagenda industri muzik dan filem tempatan, Allahyarham Tan Sri P Ramlee.
Strategi pihak MVM Production untuk mengeluarkan video beliau semasa sesi rakaman untuk lagu ‘Indahnya Raya’ yang laluternyata mendapat perhatian netizen. Buktinya, mereka meluahkan rasa keterujaan apabila mendengarkan suara Fairuz ibarat pelanduk dua serupa mirip Lagenda P Ramlee itu.
Video rakaman itu juga pernah memasuki carta ‘trending’ YouTube selama beberapa hari. Single raya ini dilihat dapat mencuri perhatian orang ramai sekaligus sebagai hadiah pengubat rindu pada peminat seni suara tanahair Allahyarham P Ramlee.
Kesemua lagu raya ini boleh anda dengarkan melalui saluran muzik strim seperti iTunes, Spotify, Joox, Kkbox dan Deezer.
Diharapkan kesemua lagu raya keluaran MVM Production dan RUSA Music ini dapat diterima baik oleh semua pendengar muzik tempatan.
Sehubungan itu juga, kami mengucapkan ribuan terima kasih pada semua atas kehadiran anda ke majlis kami pada hari ini dan juga atas sokongan yang berterusan, semoga hubungan mesra ini akan berkekalan dan memberi manfaat kepada kita semua. Amin.