Sebagai salah satu penginapan terbaik di Amsterdam, ia nampaknya tidak ada masalah untuk membuktikan yang mereka boleh mewujudkan suasana terbaik dan selesa buat setiap pengunjungnya khasnya yang berkeluarga.
Lagipun, jenama Adagio merupakan salah satu jenama penginapan yang sangat popular di sana.Mempunyai lokasi yang strategik di Amstelveen, ia mudah ditujui kerana kota ini mempunyai sistem pengangkutan awam yang hebat.
Penginapan ini hanya lima minit dari stesen metro dan 25 minit dari pusat kota. Diperhebatkan lagi dengan senireka dalaman bangunannya yang moden dan kontemporari, pasti ramai yang sukakan senireka penginapan berprestij ini.
Berbekalkan bilik berkonsep studio dan pangsapuri satu bilik yang dihias secara kontemporari dan eksklusif, ia turut menawarkan pemandangan kawasan selatan kota Amsterdam yang tidak kurang hebatnya.
Seperti kebanyakan penginapan berkonsep pangsapuri masa kini ia juga mempunyai kemudahan lain seperti mesin basuh, pengering, sambungan wi-fi buat tamu yang ingin melayari internet dan juga pusat kesihatan untuk bersenam.
Terdapat pilihan pangsapuri berkonsep studio dan juga yang mempunyai satu bilik tidur bersesuaian dengan jumlah tamu yang menginap (pasangan, solo atau berkeluarga).
Jadi tamu boleh bersiar-siar bersama keluarga berdekatan kawasan ini sambil menikmati ketenangan yang tidak terlalu sibuk sepeti di pusat bandar. Lebih memudahkan lagi ia tidaklah terlalu jauh dari kawasan membeli-belah dan pelancongan.
Andai tercari-cari penginapan yang bagus dan menawarkan perkhidmatan terbaik di samping lokasi yang sangat strategik, singgahlah di Adagio Amsterdam City South, kerana ia benar-benar strategik dan berbaloi
Disediakan oleh: Shah Shamshiri