Pelanggan dari seluruh negara telah mengikuti aplikasi Lazada untuk menonton pertunjukan fesyen Hari Raya, LazAda Style. Buat julung kalinya Lazada Malaysia menyiarkan pertunjukkan fesyen inovatif ini menerusi penstriman langsung (livestream)’ dalam aplikasi. Ia juga membolehkan penonton untuk menambah produk ke dalam troli beli-belah dalam masa nyata sebaik sahaja model-model berjalan di pentas peragaan dan menggayakan fesyen terkini sempena Hari Lebaran yang bakal berlangsung tidak lama lagi.
Menampilkan label-label tempatan seperti Fazbulous by Fazura, Mawarred dan Rumah Kebaya Bangsar, busana-busana ini turut diperagakan bersama dengan barangan kemas dari Habib, jam tangan ICE dan Daniel Wellington, dan juga aksesori serta beg tangan Carlo Rino dan BONIA.
Pesta gilang gemilang ini dimeriahkan lagi dengan persembahan bertenaga oleh artis bervokal mantap, Dayang Nurfaizah, De Fam dan Aisyah Aziz.
Andrew Gnananantham, Ketua Pegawai Pemasaran Lazada Malaysia, memulakan pelancaran acara dengan sorotan kempen Raya Lazada yang bakal diadakan selama sebulan.
Ia dimulakan dengan Festival Wanita yang berlangsung selama 24 jam pada 25 April 2019. Di samping itu, Lazada Malaysia juga akan memperkenalkan tawaran mingguan yang bertemakan LazRaya Together-getheruntuk kategori produk yang berbeza seperti kesihatan dan kecantikan, barangan isi rumah, elektronik serta pengembaraan.
Foto #9: LazAda Style disiarkan secara penstriman langsung dalam aplikasi Lazada yang membolehkan pelanggan menambah produk ke dalam troli beli-belah mereka secara masa nyata semasa model memperagakan produk tersebut di pentas fesyen
Mengenai Lazada Group
Dilancarkan pada tahun 2012, Lazada merupakan destinasi beli-belah dan jualan dalam talian nombor satu di Asia Tenggara – dengan kehadiran di Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam. Dengan 300 juta SKU (Unit Penyimpanan Stok) tersedia, Lazada menawarkan siri produk paling meluas dalam pelbagai kategori dari kecantikan, fesyen dan elektronik pengguna kepada baragan isi rumah seperti mainan, peralatan sukan and juga barangan runcit. Dengan fokus terhadap penyampaian pengalaman pelanggan yang cemerlang, Lazada menawarkan penjagaan pelanggan yang komprehensif, dan pemulangan yang mudah menerusi ejen penyerahan batuan pertama dan batuan terakhirnya sendiri yang disokong oleh hampir 100 rakan kongsi logistik. Lazada Group dimiliki secara majoriti oleh Alibaba Group Holding Limited (NYSE: BABA).