Selepas pengikut di laman social media berteka teki siapakah selebriti yang menjadi Muse untuk koleksi raya luxe Oleh pereka fesyen Hatta Dolmat, akhirnya teka teki itu terjawab apabila pereka fesyen itu secara rasmi nya melancarkan koleksi raya luxe dengan memperkenalkan Selebriti jelita yang sedang menjadi perhatian iaitu Nadia Brian sebagai muse / wajah exclusive raya luxe 2019 oleh Hatta Dolmat.
Menurut Nadia, sudah pasti rasa teruja kerana ini kali pertama bekerja sama dengan Pereka Fesyen Hatta Dolmat sebelum ini hanya mengikuti dari jauh saja dan dapat bekerja sama merupakan pengalaman yang sangat baik kerana Nadia tertarik akan pendekatan Hatta dalam kerjasama ini.
Menurut Hatta pula yang di temui di Studio lokasi pengambaran kempen raya di Azharmadnesson Studiobaru baru ini, memberi tahu sudah lama mengintai pelakon jelita itu dan menanti masa yang sesuai untuk menjadi wajah exclusive dalam kempen terbaru, Koleksi ini bersesuaian dengan wajah dan personaliti Nadia dan Nadia juga punyai pengaruh tersendiri dalam industri dan bekerja sama dengan Nadia adalah satu pengalaman yang sangat baik dan tidak hairan jika Hatta akan bekerja sama lagi di masa hadapan.
Sangat bertepatan dengan tempoh bulan ramadhan yang menjelang tiba, mood mood raya dan jelasnya koleksi Hatta Dolmat Raya Luxe 2019 bersesuai untuk mereka yang mementingkan exclusivity dan jaga anggun dan Feminin untuk beraya.
Pengunaan fabrik french lace, chiffon, creepe dalam warna mewah seperti hijau rimba, merah hati sehingga palet warna pastel lembut menjadi kelainan dan keunikan koleksi dari Hatta Dolmat tahun ini. Jelas Hatta.
Muse: Nadia Brian
Koleksi: Hatta Dolmat +60192043091
Makeup hair: Jibs Salim +60 19-202 7410
Gambar Studio: Azhar Madnesson +60 11-2904 5734
Untuk mendapatkan lebih info tentang koleksi ini anda boleh whatsapp Admin Hatta Dolmat +60135959864 / [email protected]