Di tahun 2019, Neonate menandai sebuah sejarah peribadi buat jenama tersebut apabila muncul dengan kolaborasi yang cukup unik. Neonate buat pertama kalinya akan berkolaborasi dengan Tenun Pahang Diraja Felda. Kolaborasi tersebut disepakati kerana kedua duanya baik Neonate atau Tenun Pahang Diraja Felda mahu berinovasi dengan setiap rangkaian terkini mereka.
Neonate diketahui telah melahirkan banyak rangkaian fesyen street wear, manakala Tenun Pahang Diraja pula diiktiraf sebagai memiliki kualiti yang sukar ditandingi fabrik tenun luar negara.
Menamakan kolaborasi tersebut sebagai BANGSAWAN, Neonate x Tenun Pahang Diraja Felda juga mahu memecahkan skeptikal bahawa fabrik atau kain tenun hanya sesuai digayakan dan punya sasaran kelompok Diraja dan bangsawan.
Sebaliknya Neonate mahu memberi sebuah rangkaian fesyen street wear yang segar dan mengikut trend menerusi kolaborasi bersama Tenun Pahang Diraja Felda. Di bawah BANGSAWAN, kolaborasi ini menjadi fusion pertama tenun dengan street wear.
“Kolaborasi ini sebagai sebuah lambang bahawa jenama street wear boleh berpadu dengan fabrik atau design tenun jika kita berani meneroka sesuatu yang baru.
“Ia sekali gus menjadi pemecah skeptikalnya kita apabila mengingkatkan kain tenun apa lagi dengan predikat Diraja hanya untuk golongan bangsawan atau elit.
“Sebaliknya, kolaborasi ini akan membuktikan bahawa kain tenun juga boleh dan mampu digayakan oleh semua golongan termasuk generasi muda,”
– Karl Shafek (pengasas bersama Neonate Clothing)
Bagaimanapun pertembungan fabrik antara kain tenun dan cotton yang sering dipakai Neonate adalah satu cabaran yang perlu dilalui dalam kolaborasi unik ini.
Namun, sebagai pemilik jenama yang sentiasa berani mencuba dan mahu melahirkan lebih banyak rangkaian baharu dengan idea yang segar, cabaran itu berjaya dilalui.
Sementelah ‘mengahwinkan’ corak Neonate berasaskan logo dengan motif-motif dan corak tradisional asal Songket Pahang yang banyak berlambangkan bunga cengkih, geometri, diamond dan kerawang rumah adalah kerja yang tidak mudah.
“Namun inilah peluang keemasan yang tidak boleh dilepaskan Neonate kerana menggabungkan street wear dan tenun yang selalu dipandang tinggi adalah hal yang jarang, malah kalau boleh saya katakan belum pernah terjadi beberapa tahun kebelakangan ini adalah sesuatu yang perlu ada di dalam industri fesyen kita,”
Rangkaian BANGSAWAN kini bersedia diperkenalkan kepada khalayak dengan pertunjukan fesyen khas yang diadakan pada 14 april 2019 di The Gallery, Publika bermula pukul 5 petang. Rangkaian BANGSAWAN kelak dijual pada harga yang kompetatif dan mampu milik.
Harga bagi songket custom made berada dalam lingkungan RM1500 manakala untuk baju Melayu bermula dari harga RM200 ke RM400.
Selain baju Melayu, edisi kali ini juga punya kurta dan kurta kemeja untuk dimiliki.
Sebarang pembelian, boleh layari Online di www.neonatecompany.com., atau meninjau pemilihan akaun Instagram @neonate.company.
Atau singgah dan memilih sendiri rangkaian BANGSAWAN juga edisi lainnya di kedai yang beralamat 20-2, Jalan Ara SD 7/3a, Bandar Sri Damansara, Kuala Lumpur.
Neonate Clothing Company diasaskan bersama oleh Karl Shafek dan Ahmad Syahir Hamdan sekitar tahun 2014 setelah melihat kecenderungan generasi muda yang mula menerokai fesyen harian dalam budaya fesyen street wear yang tidak akan lapuk di telan zaman.