Sambil disaksikan beberapa rakan di belakangnya, bintang filem PASKAL itu dilihat berseloroh ‘mengajak’ isterinya pelakon Hanis Zalikha menghasilkan anak ketiga.
“Ayang, saya tengah shooting sekarang. Ayang jaga anak-anak kita. Lepas dah habis, kita buat anak ketiga,”
– Hairul Azreen
Rata-rata pengguna Twitter menganggap tindakan Hairul itu agak keterlaluan dan seolah-olah menjatuhkan maruah sebagai isteri.
Difahamkan Hairul kini sedang menjalani penggambaran filem terbaharunya, Wira.
Namun begitu, kritikan pedas banyak diterima di laman Twitter namun tinjauan di Instagram, sebilangan besar menyifatkan ia sebagai gurauan sahaja.
Apa pula pendapat korang? Gurau je kot…