in

Gossip Pelakon Kerap Tukar Kekasih

BINTANG muda ini memang layak dianugerahkan gelaran Pelakon Wanita Terbaik tahun ini. Bagi CAK, dia bukan saja hebat di depan kamera tetapi juga bijak berlakon di dunia realiti.

Namun seleranya bukan sebarang selera. Pilihannya mestilah jejaka berkedudukan, kaya raya dan terbaru CAK dengar dia menghimpit seorang pelakon kacak. Menurut kru sebuah produksi, pelakon ini bukan main gedik lagi di lokasi.

Pantang nampak jejaka idamannya, pasti tersengih-sengih mengalahkan kerang busuk. Rupa yang molek sudahnya jadi buruk sebab terlebih sengih. Dia tanpa segan silu berkepit dengan teman gandingannya.

Lagak mereka sangat mesra hingga mengundang rasa geli-geleman orang sekeliling. Bukan sekadar berbual seperti lagak pasangan suami isteri dalam kelambu, siap bertepuk tampak dan memberi isyarat bibir dan mata.

Yang si pelakon lelaki itu pun apa lagi, melayanlah sebab dia pun kini tidak terikat dengan sesiapa. Kata kru itu lagi, aktor ini pun sama spesies dengan pelakon wanita tadi. Pantang nampak wanita berdahi licin, pasti diusung hingga ke bilik tidur. Sudah ramai jadi penyedapnya, maklumlah orang ramai peminat. Tak payah cari, ramai tunggu depan kereta dan pintu rumahnya.

Barangkali mereka serasi sebab banyak berkongsi hobi sama. Yelah, suka bertukar-tukar pasangan macam salin baju, bersosial dan menghabiskan masa lapang dengan melampiaskan nafsu di atas ranjang.

Kalau dah begitu rupanya, sesuai sangatlah. Bagaimanapun kru itu sempat berbisik ke telinga CAK, dia tak rasa yang pelakon wanita ini benar-benar serius dengan teman barunya. Yelah, pelakon itu cuma kacak dan memiliki tubuh menarik tapi poketnya tipis. Jadi, jika sekadar mahu jadi peneman tidur di kala gersang bolehlah. Untuk dijadikan teman lelaki atau suami, mungkin tidak.

Kalau tidak, masakan pelakon ini sanggup menuntut cara-cara mencari pasangan kaya daripada pelakon senior yang terlebih dulu makan garam. Hmmm… suka hatilah labu, CAK tak sabar nak tengok apa kesudahan lakonan aktres ini. Adakah dia mampu mengaburi mata ramai dengan personaliti luarannya yang lemah lembut itu atau kantoi seperti beberapa pelakon sedia ada.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Suria FM Buat Gimik dengan Team WBS Can Am Spyder

Gossip Amylea Azizan Sentap Dengan Aziz Desa