in

Lagu Cerita Kita Nazim Othman Tiada Kaitan dengan Kisah Perceraian

Nazim Othman akui single terbaharu ciptaan Omar K dan Audi Mok yang dilancarkan sehari selepas pernikahan Bella Dally berjudul CERITA KITA tiada kaitan dengan dengan kisah perceraian dan perkahwinan bekas isterinya itu. Nazim turut menafikan cakap-cakap makcik bawang di luar sana bahawa dia sengaja merancang tarikh tersebut untuk melancarkan lagu dan menganggap ianya hanya satu kebetulan. Tonton video temubual eksklusif di saluran Youtube Budiey. 

“Lagu ini tidak ada kena mengena dengan sesiapa atau majlis yang berlangsung. Lagu ini sudah lama disiapkan iaitu ketika masih bersama Bella. Malah Bella pernah dengar dan memuji lagu ini.

“Saya tidak kisah apa pun persepsi orang terhadap lagu ini. Apa yang penting, ia memang dihasilkan atas idea dan jalan cerita saya sendiri. Bahkan lirik lagu ini pun saya tidak tengok hingga ia disiapkan. Saya tidak ubah satu pun,

“Bella ada jemput ke majlis semalam, tapi dalam nada bergurau. Kalau dia jemput sekali pun, saya memang takkan pergi kerana menghormati banyak pihak.

“Meskipun pada hakikat antara kami tidak ada sebarang masalah. Malah, hubungan saya dengan keluarga bekas mentua masih baik dan masih berhubung.

“Saya mendoakan semoga ikatan perkahwinan Bella dan suami kekal hingga ke jannah. Saya tidak ‘wish’ di media sosial kerana cukuplah orang tahu saya memang mendoakan kebahagiaannya. Malah pernah beritahu dia depan-depan perkara ini,”

– Nazim Othman

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kembara Balkan Sharul Kamal Dalam TRAVELOGUE BACKPAKERS

“Ini Bukan Majlis Sekolah Menengah,”- Ahmad Idham Bidas Produksi Astro?