in , , ,

Kucaimars Semakin Popular Setelah Video Muzik Rasmi JAWAB Disiar di Youtube

Dah lama dah Budiey nak tanya, mana pulak dapat nama Kucaimars ni. Memang unik nama tu. Tak ramai nak guna sebelum ni. Hujungnya pulak ada Mars… jadi ramai yang kata, dia ni nak tiru nama Bruno Mars kot.

Apabila bakat baharu, Amirul Husyairi, menggunakan Kucaimars sebagai nama komersial, tidak kurang peminat tertanya-tanya mengenai asal-usul panggilan berkenaan. Tapi kemudian, dinafikan oleh pemilik suara baharu dalam dunia muzik tanahair. Katanya, Kucai tu nama yang diberikan oleh guru disiplin sebab nama sebenar sangat panjang. Mars tu pulak adalah coklat kegemarannya. Jadi, dicantumkan kedua nama tu, jadilah Kucaimars.

Kucaimars

Video Muzik Rasmi Jawab Menjadi Taruhan Pertama Kucaimars.

Lagu ini merupakan single pertama penyanyi ini semenjak dilamar bernaung di bawah pengurusan syarikat rakaman Warner Music Malaysia. “JAWAB” merupakan karya ciptaan ahli kumpulan Akim & The Majistret iaitu Akim Ahmad dan Zarimi Zahari yang masing-masing menggunakan nama pena, Hang Nadim dan Laq. Single ini merupakan terbitan dan edaran Warner Music Malaysia.

Mula meraih populariti apabila video lagu-lagu saduran dendangannya yang dikongsi menerusi laman media sosial mendapat sambutan hangat netizen, kini Amirul Husyairi bin Nani atau lebih dikenali dengan nama pentasnya Kucaimars muncul dengan single debut berjudul “JAWAB”.

Video muzik rasmi “JAWAB” arahan pemuda yang bernama Elfie Nazari ini membawa konsep jejaka yang dicurangi oleh teman wanitanya. Video muzik “JAWAB” dibintangi oleh Kucaimars sendiri dan menampilkan Sharifah Rose, model yang mengukir nama melalui laman media sosial.

“JAWAB” boleh didapati di kesemua pelantar digital seperti Spotify, iTunes, KKBox , Deezer, Joox dan juga Apple Music bermula 25 JANUARI 2019 manakala video muzik rasmi “JAWAB” boleh ditonton di saluran Youtube Warner Music Malaysia bermula 29 MAC 2019 yang lepas.

Pautan Youtube untuk Video Muzik Rasmi ‘JAWAB’: https://youtu.be/R2revr7qfjY

Mengenai Kucaimars

Amirul Husyairi bin Nani atau lebih dikenali dengan nama pentasnya Kucaimars mula menyanyi sejak di bangku sekolah. Penyanyi berusia 21 tahun ini pernah mengeluarkan single berjudul ‘I Miss You’ pada tahun 2015 ketika mengganggotai sebuah kumpulan boyband remaja yang digelar sebagai Q4.  Setelah tamat pengajian pada Mac 2018, graduan Diploma Teknologi Kreatif (Teater) daripada Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Perdana ini mula mendapat perhatian netizen apabila memperlihatkan bakatnya menerusi perkongsian video nyanyiannya di laman media sosial. Pada Oktober 2018, popularitinya makin melonjak apabila videonya yang menyanyikan lagu Ragaman (nyanyian asal Faizal Tahir) dalam dialek Negeri Sembilan yang dimuatnaik di laman Instagram menjadi tular sehingga video tersebut mencapai ratusan ribu tontonan. Populariti mendadak yang diterimanya itu telah melayakkan Kucaimars tercalon dalam kategori ‘Penyanyi Paling Lit di Media Sosial’ dalam Anugerah Digital Muzik ERA (ERA Digital Music Awards) 2018 yang berlangsung pada 25 Januari 2019.

IKUTI PERKEMBANGAN LANJUT KUCAIMARS DI MEDIA SOSIAL

FACEBOOK          : https://www.facebook.com/kucaimarss/

TWITTER              : https://twitter.com/kucaimarss

INSTAGRAM      : https://www.instagram.com/kucaimars/

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Cabaran Jururawat Desa dalam MISI DANIA CUN Lakonan Niena Baharun

Tonton ONE TWO JAGA, Filem Terbaik FFM30 Dengan Hanya RM5 di Pawagam TGV