Sehubungan itu, Aishah yang memuat naik surat peguamnya di laman sosial Instagram menyatakan telah memfailkan tuntutan di mahkamah.
“Bahawa kami Tetuan Izwan Mazniza Kamil & Assosiates telah dilantik oleh Puan Aishah (Anak Guam kami) selaku peguam cara yang bertindak bagi diri beliau dalam pertikaian di antara Anak Guam kami dan DSV berkenaan isu tuntutan hadiah berlian selepas menjuarai sebuah pertandingan nyanyian Gegar Vaganza Musim Ke-4.
“Cubaan penyelesaian di luar mahkamah sebelum ini telah gagal. Pihak kami telah pada 15/2/2019 memfailkan tuntutan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur,”
– peguamnya menerusi surat berkenaan.
Menurut isi surat itu lagi, mahkamah telah menetapkan 1 April 2019 untuk pihak DSV memfailkan penyata pembelaan.
Pada Oktober tahun lalu, Aishah menerusi peguamnya telah menghantar surat tuntutan kepada DSV agar usahawan kosmetik itu memenuhi dua tuntutan.
Antaranya, menuntut seutas rantai berlian asli dengan nilai setara dengan RM80,000 seperti direpresentasikan dan dihebohkan oleh DSV.
Selain itu, permohonan maaf secara terbuka kepada penyanyi berkenaan atas representasi salah yang telah dibuat dan dihebohkan berkenaan dengan rantai berlian tersebut.
Sumber: KopiPlanet.com