Salam semua pembaca Budiey.com, sebuah filem aksi terbaharu berjudul Marvel Studios’ Avengers: Endgame bakal beraksi dan mengegarkan pawagam seluruh Malaysia mulai 24 April 2019 ini dengan aksi yang cukup mengujakan. Haa, pasti ramai yang tertanya-tanya, bagaimana kisah dan jalan cerita untuk filem ini, kan?
Untuk pengetahuan pembaca Budiey.com, Marvel Studios’ Avengers: Endgame adalah sebuah filem superhero Amerika yang diadaptasi dari komik Marvel dan merupakan sekuel kepada filem Marvel Studios’ Avengers: Infinity War.
Budiey cukup teruja semasa menonton trailer terbaharu menampilkan kebangkitan semula saki baki Avengers untuk melawan Thanos, dan yang lebih menarik mereka tampil dengan ‘seragam’ baru yang berwarna putih.
Pengarah filem ini, Anthony dan Joe Russo mengaku mereka sengaja memanipulasi trailer agar mendapat kejutan dan menarik minat penggemar untuk menontonnya. Itu sudah sering mereka lakukan.
Diterbitkan oleh Marvel Studios dan diedarkan oleh Walt Disney Studios Motion Pictures.
Sinopsis Filem Marvel Studios’ Avengers: Endgame
Dalam filem sekuel kepada “Marvel’s The Avengers” ini, Iron Man, Hulk, Captain America, Black Widow dan ramai lagi termasuklah adiwira baru akan diperkenalkan. Mereka bakal kembali bekerjasama dalam mempertahankan Bumi daripada dimusnahkan oleh penjahat.
Dari sinopsis ini memberikan klu di mana pasukan Avengers telah menemukan cara berkesan untuk mengalahkan Thanos!
Antara pelakon yang membintangi filem ini ialah Robert Downey Jr., Chris Hemsworth, Mark Ruffalo, Chris Evans, Scarlett Johansson, Benedict Cumberbatch dan ramai lagi.
Sementara itu, untuk anggota baru yang terkena jurus The Decimation milik Thanos seperti Black Panther, Spider-Man, Doctor Strange, Falcon dan Winter Soldier, belum diketahui bagaimana mereka akan kembali.
Yang pasti, dengan bantuan anggota baru lainnya seperti Ant-Man yang memiliki akses untuk masuk ke Alam Kuantum, dan Captain Marvel dengan kekuatan yang power tu, keenam anggota awal Avengers pasti punya taktik jitu untuk kembali berjuang untuk mengalahkan Thanos, dan memulihkan alam semesta seperti sedia kala. Dapatkah mereka menyelesaikan misi mereka ini?
Bersempena dengan tayangan filem yang bergenre aksi, adventure dan Sci-Fi ini, Budiey dengan kerjasama The Walt Disney Company mahu memberikan hadiah berupa Premium Edisi Terhad. Nak tak?
Trailer filem ini telah pun disiarkan di YouTube. Jom sama-sama kita tonton trailer ini sebelum menonton filemnya nanti.
Trending nombor satu di Youtube Malaysia baru-baru ini, selama beberapa minggu juga, trailer filem yang dinantikan ini. Marvel Cinematic Universe telah berjaya memberi kejutan buat peminat yang sudah tidak sabar menanti tayangan filem tersebut dengan melancarkan trailer rasmi. Setakat ini, trailer tersebut telah meraih jumlah tontonan sehingga 78 juta views dalam di YouTube. Wow!
Kepada yang nak tonton filem yang cukup padat dengan aksi yang mendebarkan ini, nantikan sahaja filem ini yang akan berada di pawagam mulai 24 April 2019.
Peraduan Menang Merchandise Filem Marvel Studios’ Avengers: Endgame
Sensasi Selebriti dengan kerjasama The Walt Disney Company ingin menghadiahkan Premium Edisi Terhad untuk Budieyators dan pembaca setia Budiey.com.
Ingat hashtag ini: #PremiereWithBudiey #AvengersEndgameMY
Apa yang korang perlu buat ialah:
1. ‘Like’ Facebook page Budiey Dot Com dan ‘Follow’ Twitter & Instagram Budiey: @Budiey
Sila klik butang LIKE entri ini, Google + & share di Facebook milik anda, jika anda mahu menang hadiah barangan merchandise ini dan komenlah apa pendapat anda tentang filem ini di ruangan komen berdasarkan trailer kat atas ni. Sila cari butang LIKE, butang Google + (g+) dan butang share Facebook di bawah tajuk entri ini. Jangan lupa LIKE Facebook ini: www.facebook.com/budieydotcom
2. Sila cipta slogan kreatif anda dan hantar melalui emel bersama jawapan pada soalan di bawah. Selain itu, anda WAJIB juga Tweet slogan ini di Twitter.
3. Jawab soalan mudah ini:
- Apakah yang berlaku di minit 1:47 dalam trailer filem ini.
- Namakan watak yang memegang watak antagonis dalam filem ini.
2. Sila emelkan jawapan & slogan anda:
Slogan: Saya mahu menang peraduan Marvel Studios’ Avengers: Endgamekerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)
Sertakan juga maklumat peribadi:
Nama:
Twitter:
Alamat surat menyurat:
Email:
Nombor telefon:
Hantarkan jawapan anda kepada:
dengan tajuk email: Peraduan Menonton Filem Marvel Studios’ Avengers: Endgame
Tarikh tutup peraduan:
20 Mei 2019
Pemenang akan dihubungi oleh Budiey melalui email & Twitter.
Peringatan: Sila tulis tajuk emel anda dengan betul ya. Kalau salah tajuk emel ni, nanti Budiey tak dapat kasi sebab takde dalam list carian kat emel. Orait?
Terima kasih kepada The Walt Disney Company dan pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.
Jangan lupa untuk menonton filem yang cukup menarik ini mulai 24 April 2019.
Jangan lupa follow Budiey di Twitter (@budiey) and ‘Like’ Facebook page Budiey Dot Com untuk mengetahui ulasan filem dan berita terkini tentang dunia hiburan.