Well, guys, pada tahun ini kita akan menyaksikan tiga orang pengacara akan jadi hos di AME 2019 iaitu Nabil, Neelofa dan Jihan Muse. Meletop ke tidak dik?
Keputusan untuk menarik diri dari pencalonan AME itu sudah lama dibuat dan bukan atas desakan sesiapa. Oh ya, tak payah lagi mereka nak canang satu dunia suruh pangkah nama mereka aka mengundi mereka di AME. Jadinya, mereka cuma fokus untuk menjadikan malam itu lebih legit dan meletop, ye tak?
Bak kata Neelofa, perkara paling utama adalah mengendalikan acara tersebut. Kasi lebih meletop lagi dengan fesyen baju yang akan dipakai nanti.
“Sudah enam tahun kami bersama MeleTOP. Rasanya sudah tiba masa untuk kami memberikan peluang kepada orang lain dan fokus kepada pengacaraan saja.
“Sekurang-kurangnya tidak akan timbul isu tuan rumah saja yang menang.
“Sejak tahun lalu sudah timbul isu ini dan banyak kritikan yang kurang menyenangkan diterima apabila menang sebelum ini sedangkan fokus saya hanya mengacara,”
– Neelofa
Nabil pula berkata, walaupun pada awal bimbang dengan sambutan peminat terhadap keputusan itu, dia yakin mereka boleh menerimanya dengan hati terbuka.
“Kami sudah lama berfikir untuk membuat keputusan ini bukan dalam keadaan tergesa-gesa.
“Kami juga mahukan persaingan yang sihat dan bukannya selepas dapat anugerah ramai pula yang kecam tidak puas hati,”
– Nabil Ahmad
Sementara itu, Ketua Strategi Kandungan Hiburan Astro, Raqim Ahmad berkata, keputusan itu dilakukan secara sukarela oleh Nabil dan Neelofa sendiri.
“Perkara ini dibuat bagi memberi peluang kepada rakan artis lain dalam pencalonan. AME menghormati keputusan yang dilakukan kedua-dua mereka,”
– Raqim Ahmad
“Hentikan Kecaman, Perbanyakan Kritikan Membina dan Puji-pujian yang positif,”
Katanya, AME2019 masih mengekalkan Neelofa dan Nabil sebagai pengacara disertai oleh Jihan Muse.
Bertemakan Glam, AME 2019 bakal bersiaran secara langsung pada Ahad, 21 April 2019, jam 9 malam bertempat di Axiata Arena, Bukit Jalil.
Sebanyak 16 kategori dipertandingkan dan undian boleh dilakukan menerusi laman web AME2019 dan portal Era serta khidmat pesanan ringkas (SMS) bermula 19 Mac ini.
Acara ini juga boleh diekses menerusi program Live Streaming AME 2019 yang disiarkan menerusi platform digital saluran YouTube MeleTOP, Astro Go, NJOI Now dan On Demand pada hari yang sama bermula 8.30 malam.