Siapa sangka, Shiha Zikir mampu berlawak dengan watak gila-gilanya sebagai teman wanita yang kecewa cintanya tidak direstui keluarga. Persembahan Sharif dan Shiha diperkuatkan lagi dengan pemilihan dua lagu bollywood Suraj Hua Maddham dan Kaho Na Pyar Hai yang memberi jiwa pada sketsa mereka berdua.
Akhirnya RM10,000 Milik Sharif & Shiha Zikir
Persembahan Chiwan, tidak kurang hebatnya. Walaupun tidak berjaya menjadi juara mingguan, persembahan Chiwan dan bintang versatil, Adibah Noor layak diberi pujian. Sketsa berkisarkan seorang anak yang berjaya mendapat keputusan cemerlang tetapi tidak mahu meninggalkan bapanya sendiri ini memberi kesan dan mesej tersendiri pada penonton dan juri tetap iaitu Mark Adam dan Saiful Apek. Tidak boleh dinafikan lagi, vokal Adibah Noor menyanyikan lagu Bohemian Rhapsody dan Musafir Rindu yang telah digubah dinyanyikan dengan sangat baik!.
Minggu ketiga, para penonton turut dihiburkan dengan persembahan bertenaga oleh Zizi Kirana dengan lagunya Siapa Yang Bap Bap. BBB 2019 yang bersiaran secara langsung dari Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral ini dihoskan oleh Elly Mazlein dan juga Haziq selaku hos di belakang pentas. BBB 2019 juga dibawakan oleh penaja bersama KFC dan juga OPPO.
Berlainan pula dengan persembahan Shuk, juara minggu kedua, Sketsa Shuk kelihatan sedikit longgar walaupun menggunakan watak Leftenan Zana yang mendapat tontonan tinggi lakonan Janna Nick sebagai jalan ceritanya.
Shuk tidak mengambil peluang sebaiknya dan persembahannya dengan Janna Nick dilihat sedikit kosong dengan elemen lawak yang kurang menyengat.
Achey pula terus konsiten. Di minggu ketiga beliau bergandingan dengan Ali Puteh dengan sketsa yang memberi pengajaran berkisarkan kemewahan di mana duit boleh beli segalanya, tetapi tidak agama. Itu satu kelebihan buat Achey.
Peserta terakhir, Mamak Puteh masih dilihat bergelut untuk mendapatkan formula tepat bagi memantapkan lagi persembahannya. Walaupun mempunyai mesej moral yang bagus, sketsa lawak bersama bintang undangannya iaitu Achong tiada ‘punchline’ dan tiada kesinambungan di antara sketsa dan lagu.
Minggu ketiga, ada pelawak BBB 2019 sudah mula menunjukkan taring. Masih lagi ada peserta yang bergelut mahu mencari idea dan lawak-lawak mereka tetapi mereka sudah mula memperbaiki kelemahan. Pelawak sudah bijak bermain dengan pelbagai isu semasa namun perlu menyelitkan lagi elemen lawak bertepatan dengan konsep BBB 2019.
Pelawak dinilai oleh juri tetap yang mewakili 60% markah manakala 40% markah lagi adalah menerusi undian penonton di www.xtra.com.my/BBB2019.
Jika anda mahu mengikuti perjalanan pelawak-pelawak BBB 2019, jangan lupa tonton Komik BBB 2019 setiap Ahad jam 6.00 petang di TV3.
BBB 2019 juga dapat disaksikan secara langsung di laman Youtube TV3Malaysia dan portal video tonton di www.tonton.com.my.
Ikuti laman sosial Facebook, Twitter, Youtube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia untuk maklumat lanjut mengenai BBB 2019 dan jangan lupa hangatkan perbualan anda di laman sosial dengan #BBB2019!