Hotel jenama mewah lima bintang yang bertaraf antarabangsa Sheraton kini membuka cawangan terbaru di Petaling Jaya. Dengan nama Sheraton Petaling Jaya hotel , ia sekarang merupakan salah satu hotel tersohor di Petaling Jaya.
Terletak di kawasan yang sangat strategik, kedudukannya tidak jauh dari stesen LRT Asia Jaya (hanya perlu seberang jalan sahaja) dan menghubungkan orang ramai dengan kesemua tempat-tempat menarik serta pusat-pusat perdagangan di sekitarnya.
Ia juga sekarang boleh dianggap sebagai sebuah mercu tanda Lebuhraya Persekutuan kerana terletak di sebelah lebuhraya tersebut.Dengan ratusan bilik-bilik indah dari pelbagai taraf, hotel ini menjanjikan perkhidmatan terbaik buat semua tamunya yang hadir.
Seperti hotel-hotel mewah lain, setiap bilik dilengkapi dengan kemudahan elektronik terkini serta perabot berkualiti tinggi. Senireka dalamannya juga bersesuaian dengan gaya penginapan masa kini yang eksklusif serta kontemporari.
Sheraton Petaling Jaya juga mempunyai kemudahan-kemudahan lain seperti sebuah kolam renang, gymnasium serta pusat kesihatan.
Menepati posisinya sebagai sebuah hotel perniagaan, ia sudah tentu dilengkapi ruangan khas untuk mengadakan mesyuarat dan seminar. Ia sangat berbeza dari ruang mesyuarat hotel-hotel biasa kerana senireka dan suasananya amat unik.
Setiap bilik mesyuarat ada tema tersendiri dan sangat ceria seolah-olah berada di rumah atau pangsapuri dan bukan hotel perniagaan.
Tersedia juga sebuah lounge besar di luar bilik-bilik mesyuarat ini yang lengkap dengan sofa, sempurna untuk bersantai atau menikmati minuman panas dan makanan ringan.
Tak lupa juga sebuah dewan besar untuk mengadakan pelbagai acara.Di samping keindahan hotel ini, ia juga terkenal dengan tempat-tempat makannya seperti Feast yang menyajikan makanan antarabangsa, Yue, syurga makanan Cina, Miyabi utnuk sajian Jepun, Sala di sebelah kolam renang, serta Chime dan Link di Sheraton Cafe.
Jadi kalau anda ingin menikmati sekilas kemewahan dan melihat pemandangan Petaling Jaya yang gah, bermalamlah di Sheraton Petaling Jaya. Ia pasti satu pengalaman eksklusif yang tidak akan anda lupakan!
oleh Shah Shamshiri