Dalam insiden jam 11.20 pagi tadi, kereta dipandu penyanyi dan pelakon itu tiba-tiba dirempuh dari belakang ketika melalui Lebuh Raya Shah Alam (KESAS).
Izzue yang ditemani isterinya, Awin ketika kejadian itu, mengaku masih terkejut, namun bersyukur mereka selamat.
“Semuanya berlaku sepantas kilat… Kami jadi keliru apabila dilanggar daripada belakang, tak sangka kereta kami yang dihentam.
“Alhamdulillah, syukur saya dan Awin tidak cedera. Begitu juga pemandu kereta yang merempuh kami,”
– Izzue Islam
Tambah Izzue, disebabkan mereka bergegas ke Sri Pentas bagi mempromosikan single terbaru dalam program WHI, dia tidak sempat menunggu lama di lokasi kejadian atau membuat laporan polis.
“Saya fikir kenderaan pacuan empat roda terbabit laju dan pemandu menekan brek secara mengejut. Berikutan itu, bahagian hadapan kenderaan itu remuk.
“Namun, pemandu terbabit memberi kerjasama baik dan sentiasa memaklumkan perkembangan terkini berhubung kemalangan itu selepas saya terpaksa bergegas ke Bandar Utama,”
– Izzue Islam
Sementara itu, berkongsi perkembangan terbaru, Izzue yang tampil dengan single baharu berjudul Kau, selesai menjalani penggambaran program Wira Remaja, Resepi Rezeki dan Roda Selera sebagai hos.
“Saya bakal memulakan penggambaran drama bersiri berjudul 30 Pesanan Suara yang menampilkan Shukri Yahaya dan Hannah Delisha sebagai teraju utama,”
– Izzue Islam
Izzue Islam dilantik menjadi duta Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) 2019.
Sumber: Berita Harian