Sekarang ini, Budiey percaya ramai peminat dan media ingin mengetahui permasalahan yang dihadapi oleh pasangan ini. Apakah isu dan kemelut yang melanda? Yang pasti dari kenyataan kedua belah pihak, keluarga seolah tidak merestui hubungan mereka untuk ke jinjang pelamin. Mengikut kenyataan yang dikeluarkan oleh Atikah Suhaime pula yang dipetik dari Berita Harian, beliau mengatakan agak kecewa dengan apa yang berlaku dan terpaksa akur dengan keputusan keluarga.
“Siapa yang tidak kecewa, tetapi apa yang boleh saya katakan, antara kami tiada jodoh untuk bersama.
“Saya perlu akur dengan keputusan keluarga, malah menghormati Awi Rafael dan keluarganya. Hanya itu yang dapat saya katakan, selebihnya biar pihak lelaki yang memberikan jawapan,”
– Atikah Suhaime
Mengakui masih terkilan apabila hasrat melangsungkan pernikahan dengan penyanyi itu pada Ahad ini tidak kesampaian, Atikah, 28, berkata meskipun berat, dia menerima keputusan yang dibuat keluarganya.
Atikah yang dikenali menerusi filem Longkai, Highland Tower dan Legenda Budak Hostel bagaimanapun, meminta diberikan sedikit ruang dan hanya akan memberikan penjelasan terperinci apabila sudah bersedia.
“Saya minta maaf dan berharap semua pihak memahami memahami situasi saya sekarang. Saya akan keluarkan kenyataan apabila sudah bersedia nanti.
“Berikan saya sedikit ruang dan waktu, selain doakan yang terbaik buat saya,” katanya.
– Atikah Suhaime
Atikah dan Awi atau nama lengkapnya, Muhammad Namawi Ewan Gunawan Rafael mengikat tali pertunangan pada 17 Mac tahun lalu di Singapura.
Awi menerusi Instagramnya, pagi tadi, mengumumkan terpaksa membatalkan majlis pernikahan mereka atas sebab tertentu.
Tanpa memberikan sebab majlis pernikahan yang dirancang di Singapura tidak dapat diteruskan, Awi turut meminta semua pihak memahami situasi yang dilalui dan menghormati keputusan dibuat.
Sumber: Berita Harian
Budiey harap segala permasalahan dapat dijernihkan kembali dan Awi Rafael serta Atikah Suhaime diberikan ketenangan bagi menangani dugaan di dunia yang mencabar ini.