in

Gossip Suami Pelakon Tidak Mesra

Kasihan hanya itulah perkataan yang mampu SS lahirkan apabila mendengar cerita yang disampaikan ini. Kisahnya berkaitan nasib pelakon yang begitu popular pada zamannya. Kalau SS sebut namanya, pasti ramai yang kenal kerana boleh dikatakan namanya meletup dan jadi pujaan hati ramai jejaka ketika itu.

Kini, zaman kegemilangannya sudah berlalu dan aktres ini hidup tenteram di samping suami dicintai. Ramai yang suka melihatkan kemesraan mereka dan mendoakan agar hubungan ini berkekalan hingga ke akhir hayat. Kata orang, biarlah mereka menjalani kehidupan hari tua dengan tenang tanpa gangguan.

Namun, yang tidak seronoknya terjadi peristiwa baru-baru ini apabila aktres ini mengalami satu masalah dan dirujuk kepada satu tempat. Menurut sumber yang menyaksikan kejadian itu, dia terkejut dan tersentap apabila melihat suami aktres ini kurang ‘mesra alam’, seolah-olah aktres ini menjadi beban buatnya.

Sikapnya juga tergesa-gesa apabila meninggalkan aktres ini keseorangan begitu saja. Tambah sumber itu, kalau begini jadinya silap-silap penyakit aktres itu bukan akan sembuh sebaliknya makin bertambah teruk pula. Apa salahnya kalau suami dia cuba bersikap memahami dan mesra sedikit melayan aktres itu.

Berkerut jugalah dahi SS apabila dengar cerita ini kerana biasanya resmi pasangan berkahwin, makin berusia makin rapat. Tapi kes-kes macam ini pun selalu berlaku dan tidak mustahil terjadi kepada pasangan ini. Kalaulah SS sendiri yang kena, tidak tahulah bagaimana nak menghadapi situasi ini. SS susah nak komen apa-apa sebab tidak tengok dengan mata kepala sendiri insiden itu.

Lagipun, kita tidak tahu masalah sebenar antara mereka berdua. Kadangkala mungkin cara suaminya nampak kasar, tapi sebenarnya dia penyayang. Ini pun biasa berlaku macam kata dialog dalam filem Nujum Pak Belalang, kadang-kadang… Siapa tahu kan! Manusia tidak semuanya sama kerana rambut saja sama hitam tapi hati lain-lain. Tidak semua orang pandai melahirkan kemesraan dan perasaan sayang secara terang-terangan kepada pasangan.

SS sendiri pernah jumpa orang yang tidak pandai melahirkan perasaan dan seringkali marahkan isterinya, tapi dalam hati dia sebenarnya sayangkan pasangan hidupnya itu.[sumber]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gossip Vokalis Band Indie Playboy

America’s Next Top Model Season 10 di 8TV