Nampaknya peminat begitu teruja apabila melihat pelakon Fasha Sandha dan tunangnya, Aidil Aziz sedondon putih dalam busana perkahwinan. Sebuah foto serta video pasangan yang cukup anggun itu menggayakan busana tersebut telah dimuat naik oleh pereka fesyen Azura Couture menerusi akaun Instagram miliknya.
Rata-rata memuji keserasian mereka malah akui terpancar keserian wajah Fasha yang kini sedang berdarah manis.
Namun, ada juga yang melihat foto itu sebagai foto perkahwinanan dan menyangka pasangan itu sudah berkahwin. Pandai-pandai je buat spekulasi korang ni sebab gambar ni nampak sangat intim dan kemesraan mereka pun tidak dibuat-buat. Nampak natural. Nama pun pre-wedding.
Bagaimanapun Azura menerusi kapsyen memberitahu ia adalah foto pra perkahwinan mereka untuk disiarkan di sebuah stesen televisyen. Dikatakan gambar ini adalah untuk mempromosikan sebuah telefon bimbit. Betul ke tidak, korang nantikan sahaja pada 26 Mac ini.