Majlis perkahwinan yang dikatakan akan menjadi Wedding of the Year akan tiba tidak lama lagi, dan nampaknya pasangan selebriti Fasha Sandha dan Aidil Aziz yang bagai pinang dibelah dua ini sedang sibuk dengan persiapan perkahwinan mereka. Bagi meraikan cinta ini, mereka telah mengadakan satu pengambaran khas untuk pra-perkahwinan baru-baru ini.
Pandang Pertama Gambar Pra-Perkahwinan Fasha Sandha dan Aidil Aziz yang Dinantikan
Selain daripada gambar pasangan yang sama cantik sama padan ini sendiri, gambar ini juga telah memberi pandangan yang lebih dekat terhadap rekaan dan butiran baju pra-perkahwinan Fasha – dari pandangan jauh sehinggalah sudut yang paling dekat.
Raikan Integrasi di antara Perkawinan dan Teknologi Abad ini
Berdasarkan gambar yang dikongsi Fasha, perincian baju pra-perkahwinannya yang dihasilkan oleh pereka terkenal Azura Couture dapat dilihat dengan jelas walaupun gambarnya diambil dari jauh.
Apabila dinilai semula, satu-satunya pengeluar telefon pintar yang mempunyai teknologi yang mengagumkan itu ialah HUAWEI kerana jenama ini sering dikenali dengan keupayaan kamera yang luar biasa.
Berikutan dengan siri HUAWEI P20, HUAWEI Mate 20 Pro juga menggabungkan ciri lensa tri-kamera, dan ianya juga telah mencatatkan skor sebanyak 109 pada DxOMark – lebih kurang sama seperti Huawei P20 Pro sebelum ini.
Berdasarkan poster ini, kami percaya bahawa gambar-gambar ini diambil menggunakan siri HUAWEI P30. Adakah kita bakal disajikan dengan lebih lagi perkongsian diantara pasangan yang diraikan ini dengan Huawei? Nantikan 26 March ini!