NAK MUNTAH DAH? Hey, apa yang nak muntah sangat tu dik? Ada yang dah meluat, ada yang mau muntah bila tengok gambar-gambar lama… tapi itu terserah pada persepsi masing-masing. Berbeza dengan saya.. saya memang teruja untuk mengikuti program yang diacarakan oleh Kak Mah Gali (Sarimah Ibrahim) ini setiap malam Isnin hingga Jumaat bermula 8 Januari (iaitu semalam).
Boleh dikatakan program di astroria akan padat. Bermula dengan Fail Sulit Akademi Fantasia, Raja Lawak, X-tuned dan seterusnya… AF5 akan menemui anda pertengahan bulan April. Katanya, Akademi musim ini adalah yang terakhir… Mmm… betul ke?
Apa Ada Dalam Fail Sulit AF?
Soalnya apa ada pada Fail Sulit Akademi Fantasia? Pada lensa saya, program yang mengembalikan nostalgia ini bukan setakat menggorek kembali ceritera cinta (macam tajuk lagu Jacklyn je ek?) hangat dalam Akademi.
Bukan setakat memaparkan rahsia tersirat di sebalik beberapa peristiwa dan kejadian… bukan setakat mengenengahkan kegedikan Kak Mah Gali (Sarimah Ibrahim) yang mengacarakan… bukan setakat memaparkan temubual dengan personaliti dan wartawan hiburan termasuk dia yang berjambang ini… namun pada saya Fail Sulit Akademi Fantasia lebih dari sekadar menggorek rahsia dan kontroversi serta ketidak puasan pelajar.
Apa Yang Menarik Tentang Program Ini?
Yang menarik saya, Fail Sulit Akademi Fantasia membahaskan disiplin pelajar yang diterapkan oleh penasihat residen. Siapa yang layak diberi kredit kalau bukan Cik Baha yang very der garang… Kepercayaan Penasihat Residen terhadap pelajar dan hormat pelajar pada PR bergantung pada psikologi dan didikan PR itu sendiri.
Kekadang saya lihat, pelajar tidak menghormati sangat PR. Cik Baha pada saya memang seorang Penasihat Residen bertaraf lagenda aka diva! Cik Baha, jangan marah aaaa….
Contoh terdekat malam ini beberapa isu diutarakan iaitu ketidak puasan bekas pelajar (kini sudah bergelar bintang ini) tentang kostum atau pakaian yang diberikan. Mereka terpaksa pakai walaupun dalam hati ketika itu menolak dan berkeras-kerasan mengatakan pakaian tersebut tidak sesuai dipakai.
Salah siapa? Salah astro yang tidak pandai memilih pereka kostum atau penata rias? Atau salah pelajar yang tidak pandai jaga badan? Atau salah kita yang tak berani bersuara dan melontarkan pandangan?
Ada Berani?
Selebihnya Fail Sulit Akademi Fantasia ini seolah mencabar remaja yang diluar sana menyertai ujibakat Akademi Fantasia musim ke 5. Sejauh manakah perjalanan pelajar sebelum ini dapat mencorakkan bakal pelajar musim ke 5 nanti?
Pencalonan bagi pelajar yang tidak pandai menari:
- Faizal
- Mawi
- Mas
- Burn
- Felix
Penonton diminta mengundi… Undi lagi? Mmm… siapa nak jawab! AF memang sudah sinonim dengan undian SMS.