Filem Disney’s Dumbo terbitan Walt Disney Pictures ini mengisahkan seekor anak gajah yatim piatu yang comel dengan telinga yang besar. Dia diasuh oleh pemain sarkas terkenal bersama dua anaknya.
Filem ini adalah filem ‘live-action’ terbaru yang diarahkan oleh Tim Burton, seorang pengarah prolifik yang sentiasa gemar melahirkan filem-filem fantasi terkenal dengan gaya kesan khas pada visualnya. Naskah filem ini dikembangkan oleh penulis skrip yang tak kurang hebatnya bernama Ehren Kruger.
Info & Sinopsis Filem Disney’s Dumbo
Berbeza dengan filem terdahulunya (1941) yang banyak fokus kepada seekor gajah yang boleh terbang, live-action kali ini mengangkat karakter utama seorang manusia bernama Holt.
Filem yang diinspirasikan dari filem animasi Walt Disney ini mengangkat judul yang sama dengan filem yang ditayang sekitar tahun 1941. Filem dulunya adalah ciptaan Otto Englander dan Joe Grant; karakter Dumber pula ciptaan Helen Aberson dan Harold Pearl.
Ceritanya sama seperti filem pada tahun 1941 yang mengisahkan gajah yang berkawan dengan seekor tikus dan yang penting, pembaca perlu tahu, filem Dumbo kali ini tidak akan berbentuk animasi seperti filem terdahulu.
Disney’s Dumbo menceritakan tentang seorang pemilik Circus bernama Max Medici (Danny DeVito) yang membesarkan seorang bekas pemain sarkas bernama bernama Holt (Colin Farrell) yang hidupnya berubah setelah ia pulang dari perang.
Ia kemudian ditugaskan untuk merawat seekor gajah yang baru lahir (Dumbo) dimana telinga besarnya membuat gajah tersebut menjadi hiburan tersendiri bagi pemain sarkas lain.
Namun, semasa anak-anak Holt (Parker dan Hobbins) mengetahui bahwa Dumbo boleh terbang, pengusaha bernama V.A. Vandevere (Michael Keaton) dan seorang seniman bernama Colette Marchant (Eva Green) berusaha untuk menjadikan Dumbo sebagai bintang dan mendapat keuntungan darinya.
Disney’s Dumbo dibintangi oleh pelakon yang sangat hebat seperti Colin Farrell, Michael Keaton, Danny DeVito, Eva Green, Alan Arkin, Nico Parker, Finley Hobbins, DeObia Oparei dan Joseph Gatt.
Disney’s Dumbo ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia bermula 28 Mac 2018.
Peraduan Menang Premium Edisi Terhad Disney’s Dumbo
Sensasi Selebriti dengan kerjasama The Walt Disney Company ingin menghadiahkan barangan Premium Edisi Terhad untuk Budieyators dan pembaca setia Budiey.com. Selain barangan Premium Edisi Terhad ini, anda juga berpeluang untuk menang 20 keping tiket menonton filem ini di tayangan premiere:
Ingat hashtag ini: #PremiereWithBudiey #DisneysDumboMY
Apa yang korang perlu buat ialah:
1. ‘Like’ Facebook page Budiey Dot Com dan ‘Follow’ Twitter & Instagram Budiey: @Budiey
Sila klik butang LIKE entri ini, Google + & share di Facebook milik anda, jika anda mahu menang hadiah barangan Premium Edisi Terhad ini dan komenlah apa pendapat anda tentang filem ini di ruangan komen berdasarkan trailer kat atas ni. Sila cari butang LIKE, butang Google + (g+) dan butang share Facebook di bawah tajuk entri ini. Jangan lupa LIKE Facebook ini: www.facebook.com/budieydotcom
2. Sila cipta slogan kreatif anda dan hantar melalui emel bersama jawapan pada soalan di bawah. Selain itu, anda WAJIB juga Tweet slogan ini di Twitter.
3. Jawab soalan mudah ini:
- Apakah yang mungkin berlaku berdasarkan kejadian di minit 2:09 dalam trailer filem ini.
- Namakan dua pelakon yang memegang watak utama dalam filem ini.
2. Sila emelkan jawapan & slogan anda:
Slogan: Saya mahu menang peraduan Disney’s Dumbo kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)
Sertakan juga maklumat peribadi:
Nama:
Twitter:
Alamat surat menyurat:
Email:
Nombor telefon:
Hantarkan jawapan anda kepada:
dengan tajuk email: Peraduan Menonton Filem Disney’s Dumbo
Tarikh tutup peraduan:
22 April 2019
Pemenang akan dihubungi oleh Budiey melalui email & Twitter.
Peringatan: Sila tulis tajuk emel anda dengan betul ya. Kalau salah tajuk emel ni, nanti Budiey tak dapat kasi sebab takde dalam list carian kat emel. Orait?
Terima kasih kepada The Walt Disney Company dan pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.
Jangan lupa untuk menonton filem yang cukup menarik ini mulai 28 Mac 2018.
Jangan lupa follow Budiey di Twitter (@budiey) and ‘Like’ Facebook page Budiey Dot Com untuk mengetahui ulasan filem dan berita terkini tentang dunia hiburan.