Lagu GADIS YANG KU TUNGGU dicipta oleh penyanyi dan komposer terkenal Aizat Amdan bersama Mel Ramlan. Lagu ini berkisarkan tentang seorang gadis yang bakal menjadi jodoh tetapi masih tidak tahu siapakah gerangan orangnya. Jodoh adalah rahsia Tuhan. Hanya kita sahaja yang perlu berusaha untuk mencarinya, betul tak?
Amir Hasan Tampil Dengan GADIS YANG KU TUNGGU
Menyingkap disebalik perjalanan karier seni jejaka kacak ini, nama Amir Hasan, 23, mula meniti di bibir peminat seni muzik tanah air selepas videonya yang sedang menyanyikan lagu Akad dendangan asal Payung Teduh di sebuah kedai Vape atau rokok elektronik menjadi tular di media sosial.
“Inspirasi saya untuk lagu ini adalah tentang jodoh. Tajuk lagu ini ‘Gadis Yang Ku Tunggu’, tetapi sebenarnya saya sendiri tidak tahu siapa gadis itu,”
“Gadis itu sebenarnya adalah jodoh saya sama ada saya sudah mengenalinya ataupun tidak. Ia ditujukan kepada gadis yang bakal menjadi isteri saya satu hari nanti,”
– Amir Hasan
Selain itu, Amir turut kerap memuatnaik video nyanyian lagu cover di media sosial atas permintaan ramai yang mahu mendengar versi nyanyiannya.
‘GYKT’ merupakan single terbitan Warner Music Malaysia dan boleh didapati di kesemua pelantar digital seperti Spotify, Apple Music, Joox, KKBox, Deezer dan juga iTunes bermula 8 Mac 2019 di pautan ini -> https://wmm.lnk.to/GYKT.
MENGENAI AMIR HASAN
Amir Abu Hasan atau dikenali sebagai Amir Hasan merupakan seorang pemuda berusia 23 tahun yang meminati nyanyian dan mempunyai bakatnya yang tersendiri. Amir boleh melakukan suara seakan ‘Chipmunk’ sejak di bangku sekolah lagi.
Amir dikenali apabila tular selepas menyanyikan lagu Akad nyanyian Payung Teduh dan digelar sebagai ‘Abang Vape Suara Sedap’. Selepas dikenali, Amir muncul dengan singlepertamanya yang berjudul Bicaramu pada tahun 2018 dan beliau bernaung dibawah syarikat rakaman Warner Music Malaysia.
IKUTI PERKEMBANGAN LANJUT AMIR HASAN DI MEDIA SOSIAL
FACEBOOK:https://www.facebook.com/itsamirhasan/
INSTAGRAM: https://instagram.com/amrhsn_