Menurut kata Nabil Mahir, bekas kekasihnya, Sarah Hildebrand dilihat telah ‘move on’ dengan cepat sekali selepas memuat naik fotonya di Instagram (IG) dengan seorang lelaki tersebut.
Ramai yang menganggap Sarah seperti menambah bahang spekulasi netizen, gara-gara menyiarkan sekeping foto beliau bersama seorang jejaka semasa bercuti baru-baru ini di Instagram di tengah-tengah isu ini diperkatakan ramai.
Entri tersebut telah dimuat naik sejak enam hari lalu.
Sarah menerusi kapsyen mengucapkan terima kasih kepada lelaki tersebut kerana telah menemaninya berjalan sekitar kampung halamannya di Arkansas, Amerika Syarikat.
“1 Malay 1 Pinoy in America #halfsies
“Thanks for taking me around our hometown, O. Salamat po.”
– via IG Sarah Hildebrand
Maka, ramailah netizen yang membuat andaian dan tekaan bahawa lelaki tersebut adalah kekasih baru Sarah. Cepatnya Sarah move on kan?
Apa-apa pun, Budiey akan bertemu dan bertanyakan kepada Sarah tentang isu ini. Nantikan temubual eksklusif Budiey di saluran Youtube tak lama lagi, okay!