in , ,

Pengisian Istimewa Di Suria Sempena Minggu Kanser

Sempena Hari Kanser Sedunia pada 4 Februari 2019 yang lepas, Suria menawarkan pengisian istimewa selama seminggu menerusi Minggu Kanser Suria bermula pada 25 Februari.

Selama seminggu, pendengar akan disajikan dengan informasi dan PSA mengenai penyakit-penyakit Kanser yang merupakan antara pembunuh nombor satu di Malaysia. Pada 28 Februari ini, Team Pagi Suria akan menemubual Pakar Onkologi di Insitut Kanser Negara, Dr. Hafizah Zaharah Ahmad dimana beliau akan berkongsi maklumat mengenai Kanser kepada pendengar-pendengar Suria. 

Selain daripada itu, Suria juga akan menemubual selebriti seperti Elyana yang diketahui umum menghidap penyakit kanser limfoma, wartawan hiburan Fiza Kamaruddindaripada Rojak Daily dan beberapa orang ‘cancer survival’ bagi mengikuti kisah mereka melawan kanser. 

logo-minggu-kanser-suria

Menurut Pengurus Kanan Suria, Roslinda Abd Majid ataupun lebih dikenali sebagai DJ Lin, Minggu Kanser Suria ini merupakan salah satu initiatif Suria bagi membantu meningkatkan kesedaran kepada orang ramai dan keyakinan bagi golongan pesakit untuk melawan penyakit berkenaan.

Bukan itu sahaja, diharapkan dengan adanya pengisian sebegini akan memupuk kesedaran mengenai kepentingan melakukan pemeriksaan lanjut bagi mengesan kanser pada tahap awal.

Selain daripada pengisian untuk orang ramai melalui ke udara, Suria juga akan mengadakan lawatan ke Wad Penjagaan Harian di Institut Kanser Negara pada 26 Februari 2019 ini.

Selain daripada mengagihkan pek penjagaan kebersihan kepada pesakit-pesakit, mereka juga akan dihiburkan dengan beberapa aktiviti ringkas yang melibatkan penyampai Suria seperti Issey, Fizi Ali, Sharifah Shahirah, Tyzo, Suraya dan DJ Lin. 

Malah, Skuad Suria Wheels juga akan mengedarkan risalah berkenaan penyakit Kanser berserta riben berwarna yang mewakili setiap penyakit kanser seperti Kanser Payudara, Kanser Prostat, Kanser Kolon, Kanser Hati dan Kanser Servik.

Dengarkan lintasan Suria Wheels setiap hari atau layari laman web www.suria.myuntuk mengetahui lokasi Suria Wheels. 

Dapatkan juga maklumat dan perkembangan terkini berkenaan Suria di laman web Suria www.suria.mydan juga laman sosial Facebook, Instagram & Twitter SuriaFMMalaysia. Gunakan #SuriaMalaysia untuk sebarang interaksi berkaitan Suria di laman sosial. 

Mengenai Suria FM

Suria adalah sebuah stesen radio swasta yang dikendalikan oleh Kumpulan Radio Star Media, sebuah syarikat milik Star Publications (M) Berhad. Suria beroperasi secara rasminya pada tahun 2007. Suria mensasarkan pendengar Melayu yang berada di bandar dan juga luar bandar. Stesen radio Suria FM yang mempunyai 1.7 juta jumlah pendengar ini menyiarkan campuran pelbagai lagu kegemaran sepanjang masa dari pertengahan 90-an sehingga yang terkini. 

Kini Suria telah memperluaskan platform menerusi siri jelajah (on ground) & digital di mana pelbagai hiburan serta siri original berbentuk visual terdapat di laman rasmi www.suria.my yang boleh ditonton pada bila-bila masa dan dimana sahaja.

Ikuti Suria di frekuensi berikut:- 105.3 FM Lembah Klang | 106.9 FM Perlis, Kedah, Pulau Pinang | 91.7 FM Taiping | 96.0 FM Ipoh | 102.4 FM Kuala Terengganu | 106.1 FM Kota Bahru | 96.1 FM Kuantan | 88.5 FM Melaka, Johor Utara | 107.0 FM Seremban | 101.4 FM Johor Bahru | 105.9 FM Kota Kinabalu

Mengenai Kumpulan Radio Star Media (SMRG) 

Merupakan anak syarikat kepada Kumpulan Star Media Bhd, Kumpulan Radio Star Media Sdn Bhd merupakan antara penyiar radio terkemuka di Malaysia. Kumpulan Radio Star Media kini memiliki dan mengendalikan satu stesen radio berbahasa Melayu, Suria dan satu stesen radio berbahasa Cina, 988 FM.  

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

“Untuk Siapa Kenyataan Itu Ditujukan?” – Ashraf Muslim

Kisah Cinta Pemuda Bajau Dalam Drama SEPUTIH CINTA RANGBULAN di TV Okey