Konsert julung kali ini diterbitkan oleh Shiraz Projects dan dikhabarkan bakal meraikan kerjaya seni Dayang yang kini mencecah usia 20 tahun. Wow! Congrats Dayang!
Konsert 20 tahun Dayang dijadualkan berlangsung pada hari Ahad, 21 Julai 2019 di Istana Budaya, Kuala Lumpur.
Konsert Dayang Nurfaizah Dua Dekad di Istana Budaya Sempena Sambutan 20 Tahun
Menjadi impian ramai penyanyi terkenal tanah air untuk beraksi di Istana Budaya. Ia bukan saja satu pengiktirafan bahkan pencapaian yang cukup membanggakan andai jadi kenyataan memandangkan hanya yang terbaik dapat beraksi di pentas berprestij itu.
2019 melakar satu lagi memori indah dalam kembara seni penyanyi bersuara emas, Dayang Nurfaizah apabila berpeluang mengadakan konsert solo buat julung kalinya di premis terkenal itu.
Ketika ditemui pada majlis pelancaran program persembahan Istana Budaya 2019 kelmarin, pemenang Vokal Terbaik Anugerah Juara Lagu (AJL) selama tiga tahun berturut-berturut itu menzahirkan rasa syukur kerana dapat merealisasikan impian itu sempena dua dekad dalam industri.
Menurut Dayang, konsert berskala besar yang diberi nama Dayang Dua Dekad itu akan berlangsung pada 21 Julai nanti.
“Saya memilih Istana Budaya kerana ia pentas konsert yang berprestij dan memiliki kemudian kondusif untuk keselesaan peminat.
“Saya menjanjikan susunan muzik yang berbeza untuk semua lagu bakal dipersembahkan kerana mahukan sesuatu yang segar.
“Namun ia tidaklah sampai menukar melodi asal lagu itu dan identiti nyanyian saya,”
– Dayang Nurfaizah
Dayang mengakui gementar memandangkan konsert itu berskala besar dan pastinya ramai peminat meletakkan harap tinggi terhadap persembahan itu.
“Buat masa ini, saya mungkin akan menyanyikan lagu daripada album sulung dan single terbaru.
“Bagaimanapun, pemilihan belum dibuat. Ia memerlukan penelitian memandangkan saya mahu berikan yang terbaik sebagai hadiah buat peminat Mereka tidak jemu menyokong kerjaya saya selama ini, jadi saya akan buat yang terbaik,”
– Dayang Nurfaizah
Kali terakhir Dayang beraksi dalam konsert berskala besar adalah empat tahun lalu iaitu A Celebration of 15 Years In Music yang berlangsung di Dewan Filharmonik Petronas (DFP) selain sering dilihat dalam beberapa siri konsert duo.
Bercerita lanjut mengenai perancangan 2019, penyanyi yang popular dengan lagu Lelaki Teragung itu berkata dia sedang mengumpul material untuk album terbaru.
Kali terakhir Dayang mengadakan konsert solonya ketika di Esplanade, Singapura pada Januari 2018.
Bakal menyambut ulang tahun kelahiran ke-38 pada 20 Julai, Dayang menyifatkan konsert yang tersebut sebagai hadiah hari jadi paling bermakna itu.
Tiket konsert Dayang Nurfaizah khabarnya telah pun SOLD OUT!