Masa Prebiu Media Teater Shout! The Mod Musical Isnin lalu, Budiey lihat isteri kepada komposer Audi Mok, Nikki Palikat ni masih gagah walaupun terpaksa mengusung kandungannya yang kini dah menjangkau 6 bulan.
Bukan apa, Nikki kelihatan pastinya akan rasa lebih mencabar kerana diberi watak The Yellow Girl untuk teater ini. Bukan tugas yang mudah kerana dalam keadaan dirinya yang hamil ni, penyanyi berusia 25 tahun ni larat untuk menari sambil menyanyi.
Tak penat ke?
Giler tak penat. Memang penat. Bertambah penat kerana untuk menjayakan sesebuah teater, seseorang pelakon terpaksa menjalani latihan yang agak lama.
Dijangkakan, Nikki akan melahirkan anak lelaki pada bulan November nanti.
Muzikal Shout! ini adalah persembahan terakhir Nikki sebelum beliau berehat panjang selepas bersalin nanti.
Bakal dipentaskan pada 15 Julai sehingga 21 Julai ini, teater arahan Michael Voon ini akan mengambil tempat di Pentas 1, Kuala Lumpur Performing Art Centre (KLPac). Persembahan ini akan menyingkap kehidupan wanita di era 60an. Jadi, kepada anda yang minat lagu-lagu retro 60an, cepat-cepatlah dapatkan tiket.
Berikut ini Budiey tampilkan gaya-gaya Nikki Palikat semasa persembahan prebiu Shout! The Mod Musical.