in

Gossip Pengarah Drama Veteren Diabai Anak Sendiri

16 anak tetapi diabai

KASIHAN sungguh SS mendengar nasib pengarah drama terkenal era 80-an yang dibiarkan menderita di rumah orang tua tanpa perhatian keluarga.

SS tertanya-tanya juga mengapa dibiarkan begitu apabila dimaklumkan pengarah berkenaan kini terlantar di rumah orang tua di sebuah negeri di utara tanah air.
Ketika era kegemilangannya, banyak juga filem yang arahannya menjadi perhatian, malah pernah menerajui persatuan berkaitan penerbitan program televisyen. Lebih menghairankan apabila SS dapat tahu pengarah ini mempunyai 16 orang anak.

Namun tiada seorang antara mereka yang mahu mengambil berat mengenai bapanya itu. Macam kes tidak mengaku bapa, begitulah keadaan yang berlaku kepada pengarah ini.

Ialah mungkin pengarah berkenaan pernah melakukan kesilapan dulu, mungkin juga ketika masa mudanya, dia tidak bertanggungjawab dan mengabaikan anak-anaknya, tetapi takkan sedikitpun tiada perasaan simpati? SS difahamkan walaupun tersiarnya berita mengenai keadaan pengarah berkenaan yang sengsara, namun tiada langsung maklum balas daripada ahli keluarga dan anaknya.

Lebih menghampakan, anaknya yang membaca berita berkenaan tidak sedikitpun bersimpati dan berasa belas kasihan terhadap bapanya itu. Tidak terfikirkah mereka bagaimana jika perkara seperti itu berlaku kepada kehidupan mereka pada satu hari nanti?

Entah apa yang difikirkan anaknya itu. Walaupun marah dengan sikap bapanya, mereka seharusnya malu kerana membiarkan orang tua mereka begittu. Siapalah mereka untuk menghukum ayah mereka dengan cara begitu? Sebaiknya, mereka adik beradik berbincang atau berpakat bagaimana cara terbaik untuk membantu bapa mereka.[sumber]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gossip Pelawak Tak Tepati Janji

Sahronizam & Badrul Muhayat Bintangi Drama Fitrah Wanita