in ,

Anis Al Idrus Perkenal Tokoh Wanita Berjaya Dalam SUFIYAH Musim Ke-2

Beliau pernah bertugas sebagai pensyarah di sebuah universti di Amerika Syarikat dan yang mengujakan, beliau juga berpengalaman membuat kajian mengenai tumbuhan dan menghantar ke orbit ketika menjadi saintis dan bertugas dengan NASA.

Pada masa ini beliau dan pasukannya sedang membuat kajian berkaitan banjir yang menjadi fenomena kepada Malaysia. Kunci kejayaannya sebagai seorang saintis adalah kesabaran kerana setiap kajian memerlukan tempoh yang lama sebelum mengecapi hasilnya.

Kisah inspirasi Dr. Wan Wardatul Akmal Wan Salim, seorang saintis Malaysia antara perkongsian menarik dalam program terbaharu “Sufiyah” musim kedua, sedang bersiaran setiap Ahad, pukul 9.30 pagi di TV Okey (Astro 109).  

Anis Al Idrus Perkenal Tokoh Wanita Berjaya Dalam SUFIYAH Musim Ke-2

Anis Al Idrus Perkenal Tokoh Wanita Berjaya Dalam SUFIYAH Musim Kedua di TV OKEY 

Ikuti temu bual bersama-sama tokoh usahawan wanita berkaliber yang berjaya dalam bidang masing-masing dan ada juga perkongsian mengenai pengalaman dalam perniagaan yang dijalankan. 

Menampilkan hos Anis Al Idrus, sepanjang 13 episodprogram ini dibahagikan kepada tiga segmen iaitu Inspirasi Maya, Anggun dan Sihat; dan Ikon. Ianya pasti dapat memberi suntikan inspirasi kepada setiap wanita yang bercita-cita tinggi dan memasang impian berjaya dalam apa juga bidang diceburi.  

Paparan dalam segmen ‘Inspirasi Maya’ bermula dengan membicarakan mengenai perkhidmatan bergerak SPA dan facial di rumah bersama dengan Puan Mawar Sabri (pengasas Mawardah Beauty Cartel), Puan Normadora Mohd Nor (pemilik Syarikat Angsa Emas Sdn. Bhd.) berkenaan dengan barang-barang kemas dan aksesori wanita. 

Anis Al Idrus Perkenal Tokoh Wanita Berjaya Dalam SUFIYAH Musim Ke-2

Episod berikutnya bersama-sama pemilik Modvier seorang pereka fesyen yang telah memasarkan pakaiannya melalui muka buku miliknya, Datin Seri Nur Shahida (pemilik D’ Herb), Puan Norhayati Zainol (jurutera minat memasak / memiliki 200 ribu pengikut di instagram), Hana Afiqah (pemilik Zashomebaker), Tanti Mastura (pemilik Tanties Pekasam), Siti Nurfarahain (pengasas make-up School by Siti Nurfarahain), Siti Aishah (pengasas Muka Macaron), Puan Shuhadah Samsudin (pemilik Semeliang Agro Farm), Puan Noor Azlin Hamzah (pemilik Onstage Production), Noor Shahirah Mohd Azam (pemilik Kiera Cat Kingdom), dan Puan Norela Ulis (pakar solekan khas).

Istimewa menerusi segmen ‘Anggun dan Sihat’ membawa kepada soal penjagaan gigi yang sihat khusus kepada wanita mengandung bersama-sama Dr. Jannah,Puan Bani (jurulatih aquarobik tentang senaman kepada mereka yang mempunyai masalah tulang dan saraf), Farah Ain Mohd Azmi (pengamal Muay Thai), Sandralekha Shanmugan (pemain bola jaring kebangsaan), dan Amyra (jurulatih senaman crossfit).

Sementara itu dalam segmen sama turut menemubual Siti Najwa (seorang ahli fisioterapi), Aina (pengamal kecantikan), Dr. Se Jean Sean (pakar Kiropraktik), Puan Ekin (pemilik Gold Mask Theraphy SPA), Puan Balqis (mengajar senaman membakar lemak), YBhg Datin Ima (pengasas Zarraz Medical SPA) dan  Puan Baidurah (pakar pemakanan).  

Menarik dalam segmen ‘Ikon’ perkongsian tentang hiasan dalaman rumah atau bangunan bersama Puan Zarina Abdul Aziz, Puan Ernayanee Julaimi (pemilik syarikat minyak wangi De’Xandra), YBhg Dato’ Ida Suraya (pemilik Bianco Mimosa), Mazlina Kamarudin (pemilik Syarikat Ayam Bismi), dan Hotijah Shahbudin (ikon pertanian).

Inspirasi kejayaan juga diberikan oleh Safiyyah Osman (pengusaha kosmetik), YM Tunku Syazwan Kaiyisah Kamil Ikram, (pengasas bersama kosmetik halal melalui Syarikat Prettysuci), Puan Norain Mohd Said (pemilik Norah Wax), Fatimah Syaha Haji Mohd Noordin (pendakwah bebas, novelis dan pengurus sebuah syarikat),  Dr. Suraya Ariffin (sukarelawan Pertubuhan Bukan Kerajaan iaitu Wasilah Insaniyah) dan Dr. Wan Wardatul Akmal Wan Salim, (Saintis Malaysia). 

Anis Al Idrus Perkenal Tokoh Wanita Berjaya Dalam SUFIYAH Musim Ke-2

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Syafie Naswip & Aishah Azman Bakal Bertunang April Ini

BTS Jadi Selebriti Korea Pertama Jadi Penyampai Anugerah Grammy