in

16 BARIS, Joe Flizzow di Kritik Hebat di Acara BACK ON TRACK VOLUME II

Pada tanggal 23 Disember 2018, sebuah acara muzik hip hop, “Back On Track Volume 2” anjuran The Familyman telah diadakan di Old Court House, Kuching Sarawak.

Acara tersebut menampilkan barisan penyanyi rap seperti Daly Filsuf, Tuju dan MK dari kumpulan K-Clique, Asyraf Hardy, The Familyman, Syamel Izwan, Silooman, Rvjvhmuda, penampilan khas oleh R.E.O.T. dari Kalimantan (Indonesia) dan Echa, alumni Akademi Fantasia 7. 

Gambar 3 - Daly Filsuf

Back on Track Volume 2 juga diwarnai dengan persembahan tarian dari kumpulan KCH City Breakerz dan persembahan muzik oleh DJ Rocatz.

Gambar 2 - Poster Back On Track Vol II

Namun, keaadaan bertukar sedikit tegang apabila rancangan 16 Baris yang dikendalikan oleh Joe Flizzow dan Rocketfuel Entertainment dikritik hebat dalam persembahan lagu “Biar Benar” oleh Fatkeems, penyanyi rap daripada kumpulan Tikar Terbang yang telah dijemput oleh R.E.O.T. untuk bersama mereka membuat persembahan di pentas. Selain mengkritik hebat rancangan 16 Baris, lagu tersebut dikatakan merupakan beef track di antara Fatkeems (Tikar Terbang) dan K-Clique.

Mari kita dengarakan lagu “Biar Benar” oleh Fatkeems.

Lagu Satu, Sah Tu oleh K-Clique pula diceritakan merupakan lagu jawab balas daripada K-Clique kepada Fatkeems. K-Clique juga dikatakan telah menjadi egois, dengan menyerang secara lirikal ahli-ahli “familia” mereka sendiri, Outlaw Wijaya Brothaz (OWB), yang kini mereka katakan, mereka sudah tidak sehaluan dengan OWB.

Gambar 5 - R.E.O.T.

Pada acara malam tersebut, aura kumpulan Ruffneck Clique dari Kuala Lumpur juga terasa apabila persembahan penyanyi rap Silooman dan Khaleed, yang juga merupakan ketua kumpulan rap Tikar Terbang mempersembahkan lagu “Brader, Brader”, di mana chorus lagu tersebut seolah-olah menyindir budak-budak baru di dalam industri rap tanah air. Lirik korus lagu Brader, Brader oleh Ruffneck Clique:

“Apa lah budak-budak ni, lepas hit satu hit buat hal lagi,

benda nak habis lu olang nak lagi, Ruffneck datang lu olang lali!”

Keadaan menjadi agak cemas apabila lokasi acara seolah-olah dikepung oleh kumpulan Tikar Terbang dan orang mereka sehingga menyebabkan Tuju dan MK dari kumpulan K-Clique tidak dapat keluar dari dewan sehingga selesai acara. Namun, acara malam itu berakhir dengan baik dan tiada perkara yang tidak di ingini berlaku di atas kecekapan penganjur acara.

Semakin rancak tampaknya industri irama muzik HipHop di Borneo. Apakah lanjutan drama HipHop ini seterusnya? Kita nantikan. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Rosyam Sedih Dituduh Barua Akui Miliki 10% Saham

“Nak Tulis Boleh Tapi Kena Ada Etika” – Fazura