in , ,

“Berakhir Sudah Pencarian Jalan Cinta” – Mira Filzah

Pelakon Mira Filzah mengakui dirinya tidak sempurna namun dia sentiasa mencuba untuk menjadi lebih baik bermula dengan niat, hati dan usaha. Menurut Mira, 25, sekiranya seseorang inginkan pasangan yang menjaga solat, individu itu juga perlu melakukan perkara sama.

“Saya mungkin tidak sempurna, tapi saya sentiasa mencuba untuk menjadi lebih baik hari demi hari. Insya-Allah.”

“Semua bermula dengan niat, hati, dan usaha. Dan anak dara pun kenalah jaga solat kalau nak bakal suami jaga solat kan?”

“Sebelum nak jaga anak dara orang ‘JAGA SOLAT’. Jaga hubungan dengan Allah dahulu, baru jaga hubungan dengan sesama manusia,”

– via IG Mira Filzah

Mira turut memuat naik paparan skrin Instastory pengacara Uyaina Arshad yang berkongsi kenyataan mengatakan seseorang itu perlu menjaga hubungan dengan Allah terlebih dahulu.

Mira Filzah

Pelakon drama Pujaan Hati Kanda ini berkongsi perkara tersebut menerusi laman Instastory miliknya

Dia masuk rumah kita dia halau kita?! Hello kita tak lembik okay! Dan kita bukan sejenis yg pasrah je. Mana boleh berserah. Mana boleh mengalah.  Haa kan dah salah lagu. Cuma kita cukup waras nk berlawan dgn orang TIDAK waras!  – Tiara #PujaanHatiKanda


Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Nabila Razali Lega VROOM VROOM Dapat Sejuta Tontonan dalam 4 Hari

EKSKLUSIF: Video Mat Yip Merajuk Bakal Dapat Adik Perempuan