BOLEH dikatakan SS kenal lama juga dengan artis lelaki hebat ini. Apatah lagi dia pandai hormat orang kerana apabila bertemunya di mana-mana majlis, dia tetap datang menyapa, tak macam personaliti berangan lain.
Khabarnya dulu macam-macam orang bercakap mengenai dia terutama nalurinya yang songsang. Tambah pula dia agak rapat dengan beberapa personaliti lelaki yang tidak kurang kacaknya.
Tapi personaliti ini akhirnya tampil membuktikan yang dia lelaki sejati apabila berkahwin dan mempunyai zuriat yang comel. Maklumlah isterinya pun memang cantik orangnya.
Bagaimanapun, seperti panahan petir, SS tergamam apabila diberitahu dia masih dengan sikap lamanya yang masih bernafsu songsang, sekali gus mengesahkan cakap liar mengenainya dulu.
Dalam satu majlis, personaliti ini bertemu seorang lelaki yang kacak yang turut terbabit dalam dunia seni. Tak dinafikan lelaki ini pun teruja kerana dapat bertemu pelakon pujaan hatinya di depan mata.
Lalu mereka pun bertukar-tukar nombor telefon. Selepas beberapa hari berjumpa, dia mula mendapat SMS daripada personaliti itu. Mulanya topik yang diperbualkan hanya mengenai dunia seni. Namun, satu SMS daripada personaliti berkenaan selepas itu agak mengejutkan kerana dia bertanya bila lelaki ini mahu datang ke rumah. Alasannya dia berseorangan diri kerana isterinya ada urusan di luar Kuala Lumpur.
Lelaki ini terus terkedu kerana tidak menyangka artis pujaannya itu ‘patah’ dan bukannya gagah. Sampai sekarang dia masih tidak percaya yang pelakon idolanya ini terjebak dalam kehidupan songsang. SS sendiri garu kepala mendengar cerita ini. Hari ini susah sangat hendak cari lelaki yang benar-benar lurus atau ‘straight’ dalam dunia glamor seperti modeling dan hiburan. Harap artis lelaki itu akan sedar lekas sebab SS tahu isterinya memang garang!