AirAsia ingin menasihati para tetamu mengenai penutupan satu landasan terbang di Lapangan Terbang Antarabangsa Don Mueang Bangkok (DMK) bermula dari 29 Januari 2019 (12:01am waktu tempatan) sehingga 1 Februari 2019 (23:59pm waktu tempatan) bagi melaksanakan kerja-kerja baik pulih oleh pihak lapangan tersebut.
Atas sebab penutupan landasan terbang ini, operasi AirAsia akan terjejas, menyebabkan kemungkinan kelewatan penerbangan serta penjadualan semula penerbangan atau dibatalkan.
Kami memberi kerjasama penuh kepada pihak lapangan terbang dalam perkara ini dan akan mengemas kini para tetamu yang terjejas menerusi emel dan SMS untuk sebarang perubahan status penerbangan mereka.
Para tetamu yang bakal memulakan perjalanan dengan AirAsia semasa tempoh ini dinasihatkan untuk menyemak status penerbangan mereka di airasia.com/flightstatus.
Para tetamu disarankan untuk mengemas kini emel dan nombor telefon (lengkap dengan kod prefix negara) dalam profil ahli AirAsia di airasia.com bagi memastikan kami dapat menghubungi dan membantu mereka dalam tempoh yang secukupnya.