Dirancang sejak beberapa tahun lalu, Fawaa Beauty menjadi terjemahan buat mereka yang terlalu sibuk dengan rutin harian namun masih mahu kekal bertenaga serta cantik luaran dan dalaman.
Menggabungkan khasiat semula jadi buah-buahan seperti tomato, plum, epal, delima serta minyak kelapa dara juga kolagen, ia boleh disifatkan sebagai pakej sempurna bagi meningkatkan pengambilan protein dan vitamin yang penting serta mencukupi untuk tubuh badan kita. Fawaa Beauty pastinya kini menjadi ‘teman baik’ golongan lelaki dan perempuan dari usia 14 tahun ke atas.
Pengamalannya secara konsisten 30 minit setiap pagi sebelum makan pagi tanpa mengira jenis kulit juga mampu memberi pelbagai faedah termasuk meningkatkan tahap protein, memperbaiki kulit kusam, membantu menghilangkan kedutan dan garis halus pada wajah serta mengurangkan pigmentasi, parut jerawat dan kulit tidak sekata.
Petua & Tips Nampak Sentiasa Cantik
Malah ini juga tips petua atau cara untuk membina rambut tebal dan mengurangkan keguguran, melindungi kulit daripada sinar UV, melembapkan kulit kering, mempertahankan keanjalan kulit, menyokong metabolisme yang sihat dan membantu kesihatan sendi serta kekuatan tulang.
“Saya percaya kita mungkin boleh menutupi cela atau apa saja yang tumbuh di permukaan kulit dengan mekap. Namun soal penjagaan dalaman itu nak dijaga atau dirawat dengan cara bagaimana pula? Kalau setakat menjaga kecantikan luaran saja namun mengabaikan hal dalaman pun tiada guna juga. Sebaliknya penjagaan dalaman dan luaran itu perlu diimbangi.”
“Jadi alternatif terbaik ialah menerusi amalan memakan cecair kolagen Fawaa Beauty. Hanya dalam satu sachet, pelbagai faedah boleh diperoleh dengan mengamalkannya secara konsisten. Ia ternyata menjadi cara mudah bagi mereka yang mengamalkan gaya hidup sihat dan sentiasa mengejar masa. Kesibukan saya dengan jadual seni juga membuatkan semua ini jadi lebih mudah.”
“Ternyata Fawaa Beauty jadi ‘pembakar semangat’ dan penyuntik tenaga saya di lokasi penggambaran selama seharian mahupun saat menghadiri acara tertentu dan menghabiskan masa di rumah. Kalau tidak terikat dengan komitmen seni atau perlu berlawa dengan menghadiri acara, saya juga selesa membiarkan wajah polos tanpa secalit mekap. Kulit wajah juga perlu bernafas,”
– Farah Nabilah
Pengambilan Buah-Buahan Yang Segar
Menurut Artis Baharu Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-31, sejak dahulu lagi dia antara penggemar buah-buahan.
“Saya sudah biasakan diri dengan mengamalkan pengambilan buah-buahan sejak sekian lam. Khasiat semula jadinya banyak membantu saya merawat kulit secara luaran dan dalaman. Namun selepas dikomersialkan menerusi bentuk cecair kolagen ini, ia lebih memudahkan saya yang sentiasa sibuk dengan pelbagai agenda serta aktiviti. Malah kini bangun pagi, ia sudah jadi kemestian untuk saya minum.
“Kini rahsia cantik luaran dan dalaman saya bukan lagi untuk diri sendiri sebaliknya boleh dikongsi semua termasuk peminat tersayang. Ia bukan rahsia lagi dan perlu dikongsi. Malah saya berbangga regim yang selama ini diamalkan menerusi pemakanan buah-buahan dapat memberi manfaat kepada orang lain.”
– Farah Nabilah
Mendapat pujian antara artis yang memiliki kulit wajah ‘flawless’ di dalam skrin TV dengan definisi tinggi (HD) daripada peminat contohnya terus buat saya bersemangat memastikan Fawaa Beauty kekal menjadi pilihan ramai. Paling utama, bukan sekadar kecantikan luaran semata-mata tetapi juga dalaman.
“Ingat Farah Nabilah, ingat Fawaa Beauty… cantik luar dan dalam,”
– Farah Nabilah
Kata pemilik nama sebenar ini, Farah Nabilah Saipuddin dia dan pasukan kerja Fawaa Beauty memulakan perancangan rapi bagi menghasilkan produk berkenaan sejak tahun lalu.
“Bermula dengan penghasilan formula dan mencari sample terbaik, kesepakatan itu akhirnya diperoleh. Bahan bahan yang digunakan juga mempunyai fungsi dalam memberi tenaga dalaman dan luaran.
“Ia juga umpama set penjagaan kulit wajah yang dijelmakan dalam bentuk cecair kolagen.
“Harga sekotak hanya RM88 dan mengandungi 14 sachet untuk penggunaan selama dua minggu,”
– Farah Nabilah
Sisi kerjaya seninya, Farah saat ini sedang melunaskan telefilem Cik Reen Encik Ngok Ngek edisi raya arahan Hadith Omar bergandingan dengan Fikry Ibrahim.
“Tahun ini tumpuan saya juga untuk terus mengukuhkan syarikat produksi sendiri, Fawaadeanfilms.
“Selain itu, program travelog 13 episod berjudul Coffee Roaster Traveller yang saya hoskan juga akan disiarkan tak lama lagi. Penggambaran program travelog itu dirakamkan lebih sebulan pada tahun lalu di beberapa buah negara Eropah. Eropah sendiri sebenarnya menjadi syurga minuman berasaskan kopi.
“Saya juga akan terbabit dengan kerja kemanusiaan dengan pertubuhan Asia Development Relief Foundation atau ADRF yang ditubuhkan di Korea Selatan sejak 22 tahun lalu .Ini juga saya lihat sebagai ruang untuk ‘gives back’ kepada masyarakat,”
– Farah Nabilah
Satu sidang media berkenaan diadakan baru ini untuk mengumumkan perkara berkenaan termasuk lantikannya sebagai Duta Kemanusiaan organisasi berkenaan.
Artis Baharu Meletop, Anugerah Meletop Era 2018 ini bermula hanya dengan watak tempelan menerusi drama, Mak Pengantin Tak Popular pada 2011.
Dia seterusnya meraih peluang membawa watak utama pada 2015 menerusi drama, Inikah Cinta. Namun, namanya hanya menyerlah selepas membintangi Titian Cinta bersama Zul Ariffin pada tahun 2017.
Untuk dapatkan info, boleh layari: Instagram @fawaabeauty