in

Gossip Fasha Sandha Tak Nak Ada Nama Tiz Zaqyah

Dengarnya: Jangan ada nama Tiz Zaqyah?

NAMPAKNYA payah juga Cik Normah nak elak daripada menulis kontroversi membabitkan pelakon Fasha Sandha, Jejai dan Tiz Zaqyah berterusan diperkatakan media. Kalau Cik Normah tak buat, orang lain akan buat. Maklumlah cerita panas.

Dalam kata tak suka, ramai juga yang nak baca. Sebab itu, ada pembaca tanya, apa lagi cerita menarik pasal Fasha dengan Tiz dan Jejai. Kalau diikutkan, macam-macam perkara yang hendak diketahui oleh pembaca pasal Fasha. Tapi Cik Normah rasa, tak semua benda boleh diceritakan. Apa-apa pun, Cik Normah masih hormati Fasha.

Berhubung cerita terbaru pelakon ini, ada kawan yang bekerja sebagai kru produksi memberitahu Cik Normah, kononnya Fasha sudah meletakkan syarat kepada mana-mana syarikat penerbitan, kalau hendak mengambilnya berlakon, pastikan jangan ada nama Tiz Zaqyah. Maknanya, Fasha tak nak berlakon digandingkan dengan Tiz.

Cik Normah boleh faham kenapa Fasha buat syarat macam itu. Ini mungkin gara-gara dengan dakwaan Tiz menghubungi kekasih hati Fasha iaitu Jejai pada jam 4 pagi untuk keluar melepak. Tiz dikatakan menafikan laporan itu.

Wah! Ingatkan kisah ini berakhir begitu saja tetapi nampaknya semakin berpanjangan. Apa pula jawapan Tiz apabila Jejai mengesahkan dakwaan Fasha itu? Kalau betul Tiz tak bersalah, Cik Normah rasa baik bersemuka saja anda bertiga. Barulah kita tahu mana yang benar dan mana salah. Selagi bertegang urat di media saja, rasanya tak membawa ke jalan kebenaran.

Jadi, Cik Normah ada cadangan kepada mana-mana produser yang suka dengan kisah kontroversi seperti ini, apa kata terbitkan satu drama yang boleh menggabungkan Fasha dan Tiz. Tak kisah telefilem atau drama bersiri, yang penting dua pelakon berbakat besar lagi cantik ini dapat digabungkan bersama. Mesti meletup drama itu dan melambung tinggi ratingnya.

Iyalah, sekarang ini kebanyakan stesen televisyen kan suka kejar rating. Jadi gunakanlah kesempatan ini untuk mengaut keuntungan. Cik Normah percaya, baik Fasha atau Tiz pasti tidak keberatan untuk digandingkan bersama. Macam Tiz pernah kata dulu, dia tak ada masalah dengan Fasha, jadi tentu dia tidak menolak untuk berlakon dalam drama itu.

Begitu juga dengan Fasha. Kalau sebelum ini dia mengaku profesional dan tidak menolak jika dipertemukan dengan Nora Danish dalam satu lokasi, pasti dia juga akan melakukan perkara yang sama kalau diminta berlakon di samping Tiz yang meletup menerusi drama Nur Kasih. [sumber]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gossip Dua Selebriti Tak Sedar Diri

Avatar Special Edition Limited Digital 3D