Berasa kecewa, Baby, nama sebenar Nor Ashima Ramli, 27, menegaskan beliau sama sekali “tidak terlibat” dengan sebarang aktiviti sedemikian.
“Shima mendapat khabar berita iaitu foto Shima terpampang di salah satu program televisyen padahal Shima tidak terlibat dalam kes pelacuran itu,”
“Hari ini saya agak kecewa dan terkejut kerana mendapat berita daripada pihak pengurusan bahawa gambar saya terpampang dalam sebuah program televisyen. Walhal saya tidak terlibat dalam jenayah pelacuran tersebut.
“Saya berharap sesiapa yang mengenali diri tidak salah faham dan dapat membantu untuk membersihkan nama kerana ia telah memberi impak buruk kepada diri saya,”
Peserta program realiti D’Academy Asia di Jakarta berharap mereka yang mengenali dirinya “tidak salah faham” dan membantu beliau membersihkan nama.
“Shima juga berharap pihak berkenaan dapat membersihkan nama Shima kembali,” katanya di Instagram hari ini.
Satu program televisyen Indonesia memuat foto enam artis yang disiasat polis bagi kes itu tetapi foto Baby Shima dimuatkan sekali, dipercayai tersalah letak.
Semakan mendapati stesen televisyen itu sudah memadam rakaman video tersebut, yang dimuatkan dalam saluran YouTube.
Minggu lalu, polis Jawa Timur mendedahkan enam artis Indonesia akan dipanggil berhubung kes pelacuran dalam talian di sana.
Mereka yang dipanggil termasuk Mulya Lestari, Baby Shu, Fatya Ginanjasari, Riri Febianti, Aldira Chena dan Tiara Permatasari.